MY IKLAN

MY IKLAN

Friday, February 4, 2011

Marble Chocolate Cheese Cake

Assalamualaikum...
Sebenarnya rasa fobia gak nak try buat kek ni.Ye la hari  tu lain yang nak dibuat lain jadinya. Boleh tengok kat sini. Tapi setelah menengokkan creamcheese yang tergolek dalam peti ais tu maka dikuatkan jugak le semangat ni. Segala pengajaran yang diperolehi hari tu dijadikan panduan. Alhamdulillah hasilnya amat memuaskan. Disebabkan saiz loyang yang dinyatakan takde jadi gunakan loyang2 yang ada kat umah ni. Dapat 2 loyang. 1 bawa ke my opis dan 1 lagi hubby bawa ke opis dia. Biasa le bila bawak ke opis pelbagai ucapan didengar. Siap ada yang minta resepi untuk dicuba minggu ni. Kepada tuan empunya resepi minta izin ye untuk memanjangkan resepi anda ini.



RESEPI MARBLE CHEESE CAKE
Tq to Kak Yatie and Hana

Bahan-bahan

Bahan A

  • 250gm mentega
  • 1 1/2 cwn gula halus (gula kastor)
  • 5 biji telor gred A
  • 1/2 cwn serbuk koko *
  • 1 1/2 cwn tepung halus *(saya guna tpng gandum je)
  • 2 sudu kecil baking powder * (bahan * diayak bersama)
  • 1 sudu kecil pewarna coklat/coklat emulco
  • 1/4 cwn susu cair

Bahan B

  • 250 gm cream cheese
  • 3 sudu besar gula halus (gula kastor)
  • 1 sudu kecil esen vanila
  • 1 biji telor gred A
Cara-cara
  1. Panaskan oven pada suhu 160C. Lenser tin berukuran 8x8x3 inci. Alas dasar tin dengan kertas minyak. Ketepikan.
  2. Putar mentega dan gula hingga putih.
  3. Masukkan telor satu persatu sambil terus memutar hingga kembang dan gula hancur.
  4. Perlahankan speed, masukkan tepung sedikit demi sedikit, berselang seli dngn susu cair hingga habis.
  5. Gaul rata dengan spatula. Dah siap ketepikan dulu.
  6. Dalam mixing bowl lain yang bersih dan kering, masukkan cream cheese, esen vanila dan gula. Putar hingga sebati.
  7. Masukkan telor dan putar hingga gula hancur dan adunan berkrim.
  8. Tuangkan adunan coklat dalam loyang, ratakan.
  9. Tuang pula adunan cream cheese dan ratakan dan buat selang seli hingga habis.
  10. Tuangkan baki adunan coklat(akhir) dan ratakan.
  11. Bakar selama 40 - 45 minit atau hingga masak. Sejukkan atas jaringan sebelum dipotong.
  12. Cucuk dngn lidi kecil/btng satay untuk test kek dah masak ke belum....kalau keluar licin bermakna sudah masak. Sekiranya belum masak, tambah sedikit masa lagi.

6 comments:

Love2cook Malaysia said...

I feel like the cake is calling me kak! Haishhh...so chocolatey so cheezy! :D

Deliah's Deli said...

kak, suka tgk alunan lemah gemalai cheese tu..cun abis! :)

~Norul Mas Hana ~ said...

Assalamualaikum kak sam...
wahhh...sungguh menggoda la itu kek..
mai sepotong..

Mas said...

akak.....sedappnya kek cis tu....
mas nak 1 tapaware boleh....

Unknown said...

kak sam saya dh bawa piring ni nk tapau kek akak tu...hehe sedapnya..:)

azieazah said...

Salam Kak Sham.
Pandainya buat kek. Saya jamu mata tengok jer la ek...

teringat dulu2 masa masih sekolah, kakak2 saya buat kek, kami takda loyang, guna periuk jer Kak. Bakar guna api sabut atas bawah...