MY IKLAN

MY IKLAN

Thursday, February 3, 2011

BUBUR CANDIL

Assalamualaikum...
Kita ni memang suka bubur dan yang seangkatan dengannya. Tapi bila dah berpasangan dengan orang yang tak suka @ tak reti makan manis2 ni maka memang tak teringin le pun nak belaja masak cam gini. Kalau nak makan pun beli kat pasar malam @ pasar ramdhan. Tak pun balik kalau balik kg adik beradik berkumpul dapat le makan cam gini. Tapi  hari tu bila Kak Yatie tayang kat dapur dia teringin sangat rasanya nak makan bubur air tangan sendiri. Jadi apa lagi buat  le 1/2 adunan. Terasa amat puas bila dapat menikmatinya. AMinta izin ye kopipes kat sini.


RESEPI BUBUR CANDIL
Tq Kak Yatie

Bahan-Bahan
  • 2 cawan tepung pulut
  • 1 cawan tepung gandum
  • sedikit garam
  • 1 1/3 cawan air+ jus pandan=utk uli tpng
  • sedikit pewarna hijau
  • Air secukupnya= utk merebus bubur candil
  • 1 cawan santan pekat
  • 2 cawan santan cair
  • 1 ketul gula melaka=racik halus dan masak hingga hancur+1/2 cwn air= tapiskan
  • 2 helai daun pandan
Cara-Cara
  1. Campurkan tepung pulut, tepung gandum dan sedikit garam ke dlm sebuah mangkuk.
  2. Campurkan air dan jus pandan sedikit demi sedikit, uli sehingga menjadi doh yg lembut.
  3. Didihkan air dlm periuk, bulat2kan adunan dan rebuslah ke dlm air yg mendidih.
  4. Apabila dah timbul bebola tu, bolehlah angkat dan tapiskan.
  5. Di dalam periuk yg lain, satukan santan cair dan santan pekat, masukkan sekali air gula melaka yg sudah di tapis tadi.
  6. Masukkan bebola candil tadi dan masukkan daun pandan...gaul sebati.
  7. Gaul sentiasa supaya santan tidak pecah...biarkan mendidih. Sekiranya kurang manis bolehlah tambah gula pasir sedikit. Setelah siap, matikan api dan bolehlah di hidangkan.

2 comments:

Acik Erna said...

as salam sam..masa tengok resepi ni blog yatie pun akak teringin nak buat..
tapi belum jadi..sebab masa tu ada nangka..dah jadi bubur nangka..

azieazah said...

Hmm... pertama kali dengar nama bubur ini. Menu dari mana ek?

Tapi tengok cara buat, lebih kurang macam Bubur Caca atau Bubur Kipeng (kuih Banjar).

Yang pasti mesti lemak manis nihhh...
Makan time sejuk peti ais, saya suka.

nak semangkuk...! :)