MY IKLAN

MY IKLAN

Thursday, February 10, 2011

Nasi Goreng kunyit

Assalamualaikum....
n3 kali ini nak kongsi resepi nasi goreng kunyit yang diambil daripada MyR. Petang semalam dekat pukul 8 malam baru sampai rumah kerana ada latihan bola jaring. Rasa penat sangat tapi apabila mendengar abg long kata nak makan masakan mama, jadi kuatkan semangat untuk bersilat di dapur. Dulu dia ni kalau tanya nak makan apa malam ni, antara jawapan yang biasa diberikan adalah tomyam pak husain, nasi lemak depan sekolah dan roti canai. Tapi alhamdulillah sekarang ni dia semakin boleh menerima air tangan mamanya.  Tak sia2 le usaha mama selama + 2 bulan ni. Terima kasih bebanyak kepada teman2 semua. 
 
RESEPI NASI GORENG KUNYIT
Tq to umi_e@myresipi.com
 
Bahan-bahan ( 4 orang )
  • 3 mangkok nasi
  • 1/2 labu bawang besar
  • 1 ulas bawang putih
  • 1 sudu makan udang kering
  • 2-3 biji cili hijau (ikut suka)
  • 1/2 cawan sayur campuran
  • Segengam udang hidup (ikut suka banyak) dibuang kulitnya
  • 1/2 sudu teh kunyit serbuk
  • 1/2 sudu teh perasa ikan bilis maggi (jika suka)
  • 1 sudu sos tiram
  • garam secukup rasa
  • 2 biji telor ayam
  • 2 sudu minyak untuk menumis
  • 1/4 cawan air 
  • Kalau nak pedas sila tambah cili padi
Cara-cara
  1. Tumbukkan bawang+bawang putih+cili hijau+udang kering
  2. Panaskan minyak dan tumis bahan yang telah ditumbuk sehingga naik bau
  3. Masukkan serbuk kunyit+sos tiram dan gaul rata serta tuangkan 1/4 cawan air tadi
  4. Masuukan perasa ikan bilis (jika suka) + udang hidup+ sayur campur+garam dan gaul rata
  5. Setelah udang hidup masak, pecahkan telor dan kacau sebati
  6. Akhir sekali masukkan nasi dan kacau rata

7 comments:

Ida,Japan said...

slm kenal k'Sam....emm nmpk sedap tu nasi goreng kunyit...awal akak b'fast,ida follow juga

lina said...

kak sam - sedap nasi goreng kunyit tu...

Kak Sam said...

Ida
Ni menu makan malam.
Tq ye

Lina
Memang sedap. Lagi kick makan ngan cili api.

nOOrsha said...

nasi goreng kunyit nampak menawan dgn kaler kuningnye tu...:)

Kak Sam said...

nOOsha
Masa jumpa resepi ni baru tahu kewujudan nasi goreng bewarna kuning. Hehehe

Unknown said...

kak sam, sedapnya nasi tu..telur goreng pun sedap...akak, awat pi sebut tom yam pak hussin tu..terliur tau...lama dh tak mkn kat restaurant tu.

Kak Sam said...

Nieza
Saja buat promosi. Saya pun dah lama tak menyinggah kat situ. Tiap petang lalu kat situ mesti ramai orang. Tu yang malas. Takpe2 nanti nieza balik msia saya buat open table kat situ.