MY IKLAN

MY IKLAN

Sunday, February 6, 2011

TERUNG GORENG CELUP

Assalamualaikum...
Rasanya resepi ni budak sekolah rendah pun tahu. Tapi disebabkan saya ni masih kat kelas tadika so nak tayang jugak le hasil daripada resepi ni. Kat bawah ni dikongsikan juga khasiat buah terung sebab ini adalah merupakan salah 1 daripada sayur kegemaran kat rumah ni.  




RESEPI TERUNG GORENG CELUP

Tq to farihafaizal@myresipi.com

Bahan-bahan ( 3 orang makan )

  • 1 batang terung panjang-potong serong
  • 1 biji telur
  • 2 sudu besar tepung
  • Sedikit serbuk kunyit
  • Garam&lada sulah-secukup rasa
  • Air secukupnya
  • Minyak utk menggoreng
Cara-cara
  1. Bancuh tepung bersama air,serbuk kunyit,garam&lada sulah.Pecahkan telur juga,gaul.
  2. Celupkan terung ke dalam adunan tadi & goreng di dalam minyak yg panas.Goreng hingga kekuningan & angkat.
KHASIAT TERUNG

Terung (solanum melongena) termasuk famili Solanaceae dan merupakan tanaman tahunan berbentuk perdu yang dapat tumbuh hingga mencapai 60 – 90 cm. Daun tanaman ini lebar dan bentuknya menyerupai telinga. Sedangkan bunganya berwarna ungu dan merupakan bunga sempurna, biasanya terpisah dari daun dan batang yang terbentuk dalam tandan bunga. Untuk akarnya berbentuk akar tunggang dengan akar samping yang dangkal.

Jenis
terung yang dikenal di masyarakat adalah sebagai berikut: terung koprek (bulat panjang dengan ujung tumpul, warnanya ungu atau hijau keputihan), terung craigi (bulat panjang ujung runcing, warnanya ungu), terung bogor atau terung kelapa (bulat besar, warnanya putih atau hijau keputihan), dan terung gelatik atau terung lalap (seperti terung bogor tapi lebih jecil, warnanya ungu atau putih keunguan).

Di dalam Terung terdapat kandungan kalsium, vitamin A, vitamin C, kalium, natrium, asam klorogenat, dan tripsin. Berdasarkan penelitian, bahan-bahan yang dikandung oleh Terung memiliki manfaat untuk menurunkan kolesterol; mengobati gusi bengkak, peradangan pada mulut, demam, wasir, borok pada hidung, dan retak tulang; melancarkan air seni; sebagai antikanker, antimikroba, dan antivirus; sebagai alat kontrasepsi; serta meningkatkan libido.


Sumber: http://khasiatbuah.com

5 comments:

Deliah's Deli said...

kak sam....bnyk khasiat terung ni yer..mmg fav pun..klu msk berlada tu perggh,sedapppp! :)

azieazah said...

Wahhh nampak rangup...!

KAK SAM, wpun terung tu berwarna kaler paberet saya PURPLE, tapi saya kurang gemar makan terung.

Biasanya kalu yg jenis celup telur, ni saya gunakan tauhu.

Bila Mak Tarzan Membebel...

kak Erna said...

assalam sam..kalau dirumah ni..buat goreng terung macam ni..tak jadi sayur untuk makan dengan nasi pun..dimakan macam tu aje..macam makan goreng pisang..

Kak Sam said...

Deliah
Setuju sangat tu

Azie
Rugi..rugi..rugi. Dulu sya pun kureng sikit. Tapi la ni jd feveret plak.

Kak Erna
Memang betul pun. Hubby makan cam gitu je. licin terus.

Ummi said...

salam Sam, waaaa celup terung...sedap eks? akak kan, x penah lgk makan camni...suka gak terung, tp dah veteran nih, takut angin..hehehhee