Assalamualaikum...
Terkini @penang.gov.my. Kongsikan di sini untuk menjadi rujukan di masa akan datang. Kalau dulu seronok le bila tengok jadual cam gini. Mula le duk rancang macam2. Tapi sekarang ni dah tak boleh sebab abang long dah sekolah. Jadi kena rujuk jadual cuti sekolah pulak. Dan lagi mesti payah nak simpan cuti banyak2, lambat le jawabnya nak penuhkan kuota GCR tu. Kepada semua warga Pulau Pinang selamat bercuti pada tarikh2 yang tertera di bawah ni.
~Bila le boleh sampai ke tempat2 cam gini~ |
HARI KELEPASAN AM TAHUN 2011 BAGI NEGERI PULAU PINANG
Adalah dengan ini dimaklumkan untuk pengetahuan umum bahawa hari-hari yang berikut adalah
diisytiharkan sebagai Hari Kelepasan Am Negeri Pulau Pinang bagi tahun 2011.
Tahun Baru Cina (2 hari) - 3 Februari (Khamis)
- 4 Februari (Jumaat)
Hari Keputeraan Nabi Muhamad (S.A.W) - 15 Februari (Selasa)
Hari Pekerja - 1 Mei (Ahad)
Hari Wesak - 17 Mei (Selasa)
Hari Keputeraan Seri Paduka Baginda - 4 Jun (Sabtu)
Yang Di Pertuan Agong
Hari Raya Puasa (2 hari) (*) - 30 Ogos (Selasa)
- 31 Ogos (Rabu)
Hari Kebangsaan - 31 Ogos (Rabu)
Hari Malaysia - 16 September (Jumaat)
Hari Deepavali (*) - 26 Oktober (Rabu)
Hari Raya Qurban (**) - 6 November (Ahad)
Awal Muharam (Maal Hijrah) - 27 November (Ahad)
Hari Krismas - 25 Disember (Ahad)
2. HARI KELEPASAN AM (NEGERI)
Tahun Baru 2011 - 1 Januari (Sabtu)
Hari Thaipusam - 20 Januari (Khamis)
Hari Ulang Tahun Pengisytiharan - 7 Julai (Khamis)
Tapak Warisan Dunia
Hari Jadi Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang - 9 Julai (Sabtu)
Hari Nuzul Al-Quran - 17 Ogos (Rabu)
CATATAN:-
( * ) - Tertakluk kepada perubahan
PERINGATAN
Apabila hari kelepasan itu jatuh pada hari Kelepasan Mingguan, maka hari tersebut digantikan dengan
hari esoknya dan jika hari kemudiannya itu juga merupakan hari kelepasan, maka hari berikutnya
dijadikan hari kelepasan.
hari esoknya dan jika hari kemudiannya itu juga merupakan hari kelepasan, maka hari berikutnya
dijadikan hari kelepasan.
Sekiranya hari Kelepasan Am jatuh pada hari Sabtu misalnya Hari Keputeraan Seri Paduka Baginda
Yang Di-Pertuan Aging/ Tuan Yang Terutama maka hari Kelepasan Am tersebut TIDAK DIGANTI
dengan hari berikutnya bekerja iaitu hari Isnin.
2 comments:
as salam sam..rajin sam..terus ingat nak cuti la isnin nanti.sebab hari selasa dah cuti maulidulrasul
Kak Erna
Sila.. sila ...sila jgn malu2 untuk apply ye. Alang2 dah cuti pjg tu boleh le coti2 malaysia.
Post a Comment