MY IKLAN

MY IKLAN

Sunday, March 20, 2011

BEN ANSHAARI : TERIMA KASIH IBU

Assalamualaikum...
Sekali lagi memeriahkan segmen anjuran en. ben. Mulanya nak buat n3 homework yang dah disiapkan. Tapi bila tengok topik ni macam best je. Semoga apa yang dikongsikan di sini akan memberi sedikit kebaikan kepada semua. Satu pesan saya tidak semua orang diberi peluang untuk berbakti kepada kedua orang tua mereka, oleh itu jika anda diberi peluang jangan sia-siakan. Hargailah mereka selagi ada hayatnya, jangan nanti menyesal dikemudian hari.

BANNER BEN ASHAARI



Kenangan yang tidak dapat dilupakan

Emak telah kembali ke rahmahtullah pada tahun 2006. Setelah mendapat perkhabaran yang emak tumbang dan tidak sedarkan diri, aku bersama hubby dan alif terus pulang ke kampung. Dengan keizinan yang diberikan oleh hubby aku berpeluang menjaga emak di hospital. Walaupun ketika itu alif baru berusia 2 tahun ia tidak menghalang aku untuk terus berada disisi emat disaat-saat getirnya. Pada malam pertama emak tidak tidur dan sentiasa meminta agar aku membuka tiub di tangan kanannya. Bayangkan betapa sukarnya saat itu kerana sebagai anak aku terpaksa mengikat tangan kirinya agar dia berhenti dari terus berusaha mencabut tiub berkenaan. Apabila kedengaran azan subuh berkumandang aku membisikkan ke telinga emak untuk meminta izin menunaikan solat subuh. Dia mengerti dan terus mendiamkan diri. Pagi itu aku berpeluang untuk membersihkan badannya dengan menggunakan kelengkapan yang disediakan oleh pihak hospital. Masih terngiang di telingaku "udah le nak malu mak". Aku membalas "apa nak dimalukan mak, orang ni kan anak emak". Pagi itu kakak iparku datang ke hospital demi memberi peluang untuk aku merehatkan diri. Disebabkan rumah mertua lebih hampir dengan hospital aku pulang ke sana. Walaupun berada di rumah tetapi hatiku tetap di hospital. Sehinggakan ibu mertuaku berkata "kalau nak jaga emak malam ni pergi tidur jangan diikutkan hati tu sangat". Setelah dipaksa aku tidur beberapa jam dan aku kembali ke hospital selepas solat zohor. Ramai sanak saudara dan jiran tetangga yang menjenguk emak. Ketika itu emak kelihatan telah semakin sihat. Lapang hatiku. Disaat apak nak pulang ke rumah emak bersungguh meminta ampun dan maaf darinya. Sayu ketika itu saat itu. Tinggallah aku bersama yeop dan ibu mertua adikku bersama emak. Emak kelihatan tenang merehatkan dirinya. Semasa aku meminta izin untuk menunaikan solat maghrib, tiba-tiba emak menarik dan mendakapku dengan erat sekali. Seolah-olah tidak mahu melepaskan aku pergi. Sehinggalah yeop merungkai dakapan itu. Aku merehatkan diri di surau sehingga azan isyak berkumandang. Usai menunaikan kewajipan sebagai seorang muslim aku terus menuju ke katil emak dan kelihatan kakak iparku telah berada disisi dan meminta aku pulang ke rumah dan tugas menjaga emak pada malam itu diambil olehnya. Aku menolak kerana aku lebih rela tidur di hospital daripada tidur di rumah. Akhirnya malam itu kami berdua menjaga emak sehinggakan aku menipu pengawal keselamatan semasa sesi rodaan jam 10.00 malam. Emah tidur dengan aman sekali manakala kami berdua tergelak menyaksikan aksi makcik disebelah katil emak yang takutkan jarum. Sehinggakan dia minta dibunuh dengan pisau daripada dia dicucuk oleh doktor. Lapang sangat dadaku  kerana pada firasatku emak sudah semakin pulih. Sekitar jam 11.30 malam kakakku dari beranang sampai. Alhamdulilah setelah berbincang dengan pengawal keselamatan di pintu masuk dia dan suaminya dibenarkan untuk melawat emak. Sedang kami berbual mengenai keadaan emak tiba-tiba kedengaran emak mengeluarkan bunyi yang amat pelik. Aku terus memanggil jururawat dan keadaan menjadi kelam kabut. Katil emak dihadang. Beberapa orang doktor datang dan memeriksa emak. Kami tidak dibenarkan untuk melihat apa yang berlaku. Setelah beberapa ketika seorang doktor datang kepada kami dan menyatakan bahawa "maaf makcik tidak dapat diselamatkan". Tika itu tiada kata yang terucap hanya air mata yang membasahi pipi. Al-Fatihah.. Semoga emak ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman. Amin...

Ibu @ Ayah?
Memang rapat dengan arwah emak. Tapi kasih sayang kedua2 adalah sama dan tiada tolok bandingnya.Tidak lebihkan sesiapa. Dulu dalam setiap perkara mesti sama rata.

Apakah anda sanggup tinggalkan ibu atau ayah anda di rumah orang tua ? 
Tidak sama sekali. Alhamdulillah berkat muafakat adik beradik seramai 11 orang, kini apak tinggal di kampung dengan ditemani oleh adik bongsu bersama suami dan 3 orang anaknya. Dia sanggup berhenti kerja demi untuk menjaga apak. Setiap kami ada tanggungjawab masing-masing.

Pendapat anda mengenai anak anak yang sanggup bercakaran merebut harta pusaka orang tua mereka ..
 Mereka ini adalah merupakan anak-anak yang tidak mensyukuri nikmat yang dikurniaan oleh Allah SWT. Ingatlah harta boleh dicari tetapi kaum keluarga tiada tolok ganti. Jika sekarang kita berebutkan harta orang tua tidak mustahil satu masa nanti anak-anak kita akan melakukan perkara yang sama dan mungkin lebih dasyat lagi. Nauzubillah.


Ok le kepada sesiapa yang nak join segmen ni sila le ke SINI. Semoga apa yang dikongsikan akan dapat menjadikan kita anak yang baik kepada orang tuanya dan ibu bapa yang bertanggungjawab terhadap anak-anaknya. Amin...


17 comments:

suri solehah said...

salam kak sam..baca cerita kak sam..rasa sedih sendiri teringat ibu kat kampung..yg sering terabai...

kak Erna said...

assalam sam..alfatihah buat arwah..
mak akak meninggal pada 2010.

Kak Sam said...

Suri... Jangan abaikan ibu kita.

Kak erna... al fatihah. mesti banyak memori yang masih terpahat di minda kan?

Lulu caldina said...

tanpa ibu siapalah kita..
semoga kasih sayang ibu menjadikan kita manusia berguna..

nadiemsharmz said...

salam...jengok dan baca entri segmen incik ben...=)..hargailah ibu anda!

mas saari said...

salam singgah n follow!
memang sedih kalau bercerita pasal ibu, jadi hargailah ibu anda selagi dia masih ada~

sama macam Mas, mak pun dah pergi~

kasih.annur said...

salam sis

sedih bila baca entry akak....
terus ingat kan mak & ayah kat umah....semmgnya sy selalu rindukan mereka wlupun selalu berjumpa. :)

aNaYaNa said...

tak sanggup hidup tanpa ibu..huhu

☀ Izzaty Hedry☀ said...

btol 2 ana.. zaty pun xsngup..

http://cekedismanis.blogspot.com/2011/03/segmen-segera-terima-kasih-ibu.html

ScarletRooF said...

sedih ~ ~

Takutnya... =(

Cik Sue said...

syurga dibawah telapak kaki ibu..hargailah jasa mereka selagi hayat mereka masih ada... =D

aNNa maRdHiaH said...

sayu hati sebak pun de bila baca cerita kak sam ni .teringat wajah umi ..
sedih . anna follow kak sam . ziarah blog anna kalau sudi ea .

solo molo said...

bersama-sama berusaha menjadi anak yg s0leh dan s0lehah...
serta menggembirakan mereka semasa hayat mereka...

Al-Fatihah buat arwah ibu...

Kak Sam said...

Kepada semua terima kasih kerana sudi berkunjung ke sini.

Yati said...

Sedih baca cerita kak Sam. Alfatihah untuk arwah ibu akak.
Mama Yati ada. Selalu balik jumpa.

sha said...

:-(

T_T...

MamaEma said...

Al-fatihah untuk arwah ibu....