MY IKLAN

MY IKLAN

Sunday, March 13, 2011

Cucur Pakcik Ismail

Assalamualaikum...
Ni adalah makanan kegemaran alif daniel. Best tak nama menu ni? Sebenarnya alif yang bagi nama ini. Masa tu umur dia 4 tahun, dia minta mama buatkan cucur pakcik ismail. Haru juga dibuatnya. Mana le mama nak cari resepi. Buat le cucur ikan bilis. Bila dia rasa terus reject. Dia kata itu bukan cucur yang dia nak. Keesokan harinya masa hantar ke tadika tanya le cikgu dia apa ke bendanya tu. Cikgu dia jawab cekodok pisang. Hahahaha rasa cam nak terguling2 masa tu. Semenjak dari hari itu hujung minggu memang selalu le buat. Semalam masa jalan2 kat ropewalk ternampak ada pisang awak terlebih masak dijual. Beli le sekilo. Masak untuk minum petang. Dia siap kata "errmmm sedapnya bau". Habis dikerjakan sehingga baba pun tak merasa. Rasanya semua orang tahu buat. Tapi saja nak kongsikan cara saya pula kat sini.

RESEPI CUCUR PAKCIK ISMAIL @ CEKODOK PISANG

Bahan2
  • 1 kilo pisang awak terlebih masak
  • 1 cawan tepung
  • 1 sb gula
  • 1/2 st serbuk penaik
  • Sedikit garam
  • Minyak untuk menggoreng

Cara2
  1. Lenyek pisang. Masukkan gula dan garam. Gaul sehingga sebati.
  2. Kemudian masukkan serbuk penaik dan tepung. Kacau sehingga sebati.
  3. Biarkan adunan selama 20 minit.
  4. Panaskan minyak dan jemputg bulat-bulat (guna tangan) dan masukkan ke dalam kuali.
  5. Goreng sampai keperangan macam gambar atas tu.

5 comments:

Zaliedana said...

Assalam kak,wah nma baru nih..Ngee..Layan cekodok ngan teh mmg sempoi kan kak.Hehe..

Kak Sam said...

betul..betul..betul

leyzajamil said...

hehe..smlm pun mak mertua gorengkan cekodok pisang ape ntah, pastu malam perut kembong kentut2..asal makan jemput2 je mesti jadi gini..

Ayu Safieza said...

wehehehehe....glamer pakcik ismail tu...

teringat kisah bekal buah pisang kat suami semalam...silap bubuh pisang nangka yg tak masak ar....kesian suami.....muahahha.....

Kak Sam said...

Leyza..
tq sudi singgah. perut omputih kut. hehehe

Ayu..
la sian kat en suami. habis tu dia bawa balik @ gagahkan juga untuk habiskan. hehehe