MY IKLAN

MY IKLAN

Monday, March 14, 2011

TELUR BUNGKUS

Assalamualaikum..
Tiba2 teringin nak makan telur bungkus air tangan sendiri. Nampak kat dapur mamafami tapi bila tengok banyak bahan2 yang diperlukan takde dalam peti ais. Cuba cari resepi yang lebih mudah. Jumpa kat dalam resepi Mingguan Wanita yang dah berkurun tersimpan kat dalam laci. Jadi cuba resepi ni dulu. Lain kali kalau terasa nak makan boleh cuba yang mamafami punya pulak.

RESEPI TELUR BUNGKUS
Sumber: Majalah Mingguan Wanita

Bahan2
  • 2 biji telur
  • 100 gm isi ayam
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 biji bawang besar (Dihiris nipis)
  • 1 biji tomato (dibelah 6)
  • 1 sudu besar kacang pis ~ saya tak letak
  • 2 sudu besar sos tomato
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 2 sudu besar sos cili ~ saya tambah
  • 4 biji cili api kampung (dihiris) ~ saya tambah
  • Garam secukup rasa
  • Daun ketumbar 
 Cara2
  1. Telur dipukul dan digoreng dadar. Ketepikan.
  2. Tumis bawang putih sehingga kekuningan kemudian masukkan isi ayam.
  3. Setelah masak, masukkan sos tomato, sos tiram, sos cili, garam, bawang besar dan cili api. Masak sehingga bawang layu.
  4. Masukkan tomato dan kacang pis dan masak sebentar.
  5. Kemudian angkat dan diletakkan ke atas telur dadar.
  6. Letakkan dauk ketumbar dan bungkus telur berbentuk 4 segi.
  7. Telur bungkus sedia untuk dihidangkan.

12 comments:

Mas said...

kak sam...tu sapa yang makan tu..
dah tinggal setengah dah..he..he..

Kak Sam said...

Mas..
Akak le. hehehe. Kami kena makan gilir2 sebab kena jaga aqil. Kalau tak dijaga jwbnya dia duduk atas meja makan. ok le nak sambung buat keje.

Nuridah said...

Assalamualaikum Sam

Dtg ni nak balas kunjungan sambil nak ngecek telur bungkus tu...ada lagi ke?? Hehe kak Nur buat muker selamba aje ni...

~ yus ~ said...

sedap tu telur bungkus

~Norul Mas Hana ~ said...

wah sedapnyer...leh try ni.. =)

Kak Rose said...

sedapnya.... nak gak blaja membungkus tu...

Nieza said...

sedapnya telur tu kak sam...amboi mkn tak ajak org pun...hehe

Princess Nur said...

sedapnya..nk skit kak sam..

misza said...

mesti sedap ni. masak sendiri ringkas pun puas hati.

Wattie said...

salam ziarah dan ukhwah,
sedapnya telur bungkus, klu meratah cam tu saja lagi la sedap.....

kak Erna said...

sam..nampak sedap tu..akak sendiri belum pernah buat telur bungkus sendiri.

Zaliedana said...

Assalam kak,lambat sampai rini,mesti teloq bungkuih nih dah abis kan,nnti akak wat lagi yer,sedap tuh kak,ngee..