Monday, March 14, 2011

DONUT MUDAH HASUE

Assalamualaikum...
Petang semalam teringin nak mendonut lagi. Dalam duk tengah mop lantai sempat la tanya pakcik google resepi donut yang mudah nak dibuat. Ye la tak payah nak tunggu lama2. Terus ditunjukkan kat resepi ni. Mak aii punya le banyak laporan yang dihantar. Ni mesti sedap. Suka kat statement ni "Dah pandai buat donut? Cuba resepi mudah ni pulak..Yg x pnh wat donut langsung pun boleh try.Bg saya,donut ni paaaaling lembut n gebu+sedap pernah dbuat sendiri.. (^_^)". Apalagi bila kerja2 membibik dah siap, terus kan misi menyedia minum petang. Saya buat setengah adunan je. Memang best dan sangat senang. Aqil pun nampaknya makan dengan begitu berselera sekali.
RESEPI DONUT MUDAH
Sumber: HaSue@myresipi.com

Bahan-bahan ( Untuk Pelbagai Jenis Kuih-Muih Yg memerlukan doh yg lembut) )
  • 500g Tepung Berprotein Tinggi (guna tpg gandum pun ok) ~250 gm
  • 1 Peket Yis Segera-11gram (jenama MAURIPAN atau apa2 jenama) ~ 6 gm
  • 50g Marjerin ~ 25 gm
  • 1 Sudu makan(penuh) Shortening(lelemak adunan) ~ 1/2 sudu makan
  • 2 Sudu mkn (penuh) gula pasir ~ 1 sudu makan
  • 2 Sudu mkn Susu Pekat / 2 Sudu mkn Susu Tepung [ikut citarasa]~ 1 sudu makan susu tepung
  • 1 Biji Telur ~ 30 gm (telur dikocak dan ditimbang)
  • 1/2 Sudu Teh Garam ~ secubit garam
  • Gula Halus atau topping kegemaran anda
  • 190ml-200ml Air Suam2 kuku(bergantung pd kualiti tepung) ~ 100ml
Cara-cara
  1. Di dalam bekas yang agak besar,tuangkan air suam. Masukkan yis segera,gula pasir,susu,marjerin dan shortening.Kacau sedikit dan biarkan selama 8-10 minit.
  2. Setelah yis mula berbuih,ayakkan separuh dari tepung gandum terus ke dalam adunan. Masukkan pula telur yg dpukul sedikit dan juga garam.
  3. Kacau adunan sehingga sebati dan melekat pada sudu(bila dah sebati tu dkacau satu arah je mggunakan sudu).
  4. Ayak lagi tepung selebihnya,gaul menggunakan sudu seketika barulah uli menggunakan tangan.
  5. Uli sehingga doh sebati dan tidak lekat di tangan..(sisa2 tepung kat dlm bekas tu semua bersih).Doh dah siap dan jika ingin membuat kuih 5 spice roll,boleh la dibahagi 2. Utk resepi dan teknik membuatnya sila rujuk http://www.myresipi.com/top/detail/6526
  6. Doh tidak perlu direhatkan,(kalau nak rehatkan pun boleh gak selama 5-10min)boleh terus sahaja dicanai setebal stngah inci(agak2 je) Boleh tmbh sedikit2 tepung jika adunan agak lembik ketika ini..Terap doh mengikut acuan donut atau bentuk kesukaan anda..Doh akan mula mengembang dan ringan sementara minyak dpanaskan dengan api perlahan..Gunakan minyak yang banyak untuk mengoreng.
  7. Setelah minyak agak panas(jgn terlalu panas,nanti donut gorengan pertama agak hangus)perlahankan sedikit api,masukkan donut tetapi jgn terlampau penuh sebab donut ni akan mngembang lagi ketika digoreng(sbb adunan mengandungi telur)
  8. Goreng sehingga kekuningan dan toskan. Sedia utk dhidangkan bersama gula halus atau topping kegemaran anda. SELAMAT MENCUBA.. ^_^
# Nota: Tulisan bewarna biru adalah sukatan yang saya guna untuk membuat 1/2 adunan.


    8 comments:

    Zaliedana said...

    Assalam kak,wah gebunya donut akak,dah lama x mendonut nih..Tula tadi tgk blog kak izah pong da resepi nih gak,kena cuba juga la nnti,ngee..

    Kak Sam said...

    Hehehe kebetulan plak. Tapi memang best resepi ni. Nanti kalau nak buat bgtau yea. Akak nak tapau 8 ketui.

    Nieza said...

    uishh sedapnya donut tu..nampak pun tau gebus ni...nanti boleh cuba pula.

    Mas said...

    amboii...gebunya donut...
    mas pun suka donut sue ni.....best..

    Kak Sam said...

    nieza..
    selamat mencuba.

    Mas..
    rasanya ni resepi donut yang akak cari.

    MULAN said...

    serius sedap ni...!! nak sikit kak sam..!!!

    izahdaut said...

    baru buat gak donut ni.mmg sempoi

    HaSue said...

    akak..tq yer sudah mencuba resepi ni..hrp berkenan di hati n memudahkan org sibuk cam akak nih..hehe...

    telan air liur tengok donut gebu tu tadi...lamanyaa dah tak mendonut..huu