MY IKLAN

MY IKLAN

Friday, March 25, 2011

Mee Ketam

Assalamualaikum....
Nampaknya sekarang ni masa untuk berblog semakin terhad. Entah le silap2 nanti takde masa langsung masa yang boleh dicuri untuk mengadap pc ni. Ok le tak nak melalut panjang. Kedengaran suara orang mengaji di masjid, sat lagi azan subuh. Cepatnya masa berjalan. Malam tadi hubby request nak makan benda yang berkuah. Teringat pada homework yang niezza kasi. Ermmm inilah masanya. Balik opis terus ke ikhwan beli mee, ketam dan sup tomato. Bahan2 lain rasanya ada kat dalam peti ais. Layannnnn je la ......
RESEPI MEE KETAM
Source: Nurniezza.blogspot.com

Bahan-bahannya
  • 300gm Mee kuning dicelur
  • 1/2 kg ketam (dibersihkan dan belah 2) ~ saya buat 2 ekor ketam saiz sederhana
  • 8 biji cili merah (mengikut kepedasan masing2)
  • 2 labu bawang besar
  • 3 ulas bawang putih
  • 1/2 tin tomato soup
  • 1 ltr air
  • 1 biji telor (dipukul sedikit) nieza tambah 2 biji telur yg tdk dipukul~saya tak tambah
  • 2 kiub ayam
  • 2 sudu makan kicap
  • 2 sudu makan oyster sauce
  • 2 sudu besar sos tomato
  • 2 sudu besar cili sos
  • 2 biji tomato dibelah 4
  • Daun bawang dipotong 1"
  • sedikit sayur sawi
  • 1 batang carrot dipotong nipis
  • Bawang goreng
  • Garam secukup rasa

Cara-cara
  1. Cuci bersih ketam dan toskan
  2. Blend cili merah + bawang putih +bawang merah
  3. Tumiskan bahan blend tadi dan masukkan soup tomato, kicap, oyster sos, tomato sos dan cili sos. masakkan sekejap.
  4. Masukkan air dan kiub ayam.
  5. Bila kuah mula mendidih, masukkan telor dan kacau.
  6. Kemudian masukkan ketam, tomato yg dibelah 4 tadi, carrot dan sayur sawi.
  7. Rasakan kuah...boleh tambahkan garam jika perlu
  8. Tutup api...dan hidangkan bersama mee yang dicelur tadi.
  9. Taburkan daun bawang yg dipotong dan bawang goreng sebagai hiasan.

7 comments:

Unknown said...

Assalam kak...wah bagus cepat akak buat h/work ni..nampak pun sedap...tq sudi mencuba:)

Sofea said...

sam..buat lagi nanti call akak erk..!

tun_telani said...

uhuk uhuk.. sedihnyer xleh makan ketam...

Ina Mohamed said...

Alamak! kt sini pun ada mee ketam... boleh bikin hati penasaran klu mcm ni....huhuhuhu.... nak jugakkkkk!!! ;))

Kak Sam said...

Nieza...
Kebetulan hubby request dan bahan2nya pun senang diperolehi

Kak Pia...
Ok No problem

Tun...
Awatnya? rugi tau.

Ina...
sila..sila...sila buat ye. jgn malu2

Nuridah said...

Assalamualaikum sam,

mee ketam tu sungguh menyelerakan...kak nur nak masuk list lah...maybe one fine day should give it a try.

Zalieda Zaliedana said...

Wah akak da mee ketam kat sini,fuhh nmpk sedap jer..nak rasa ckit kak,OWh kak kat ikhwan tuh da juai ketam gak yer,xpernah singgah pong..