Assalamualaikumm....
Baru balik dari hospital bertam. Sorang staff ditahan di wad sejak 2 hari lepas. Baru hari ini berkesempatan untuk melawat. Ada 15 minit lagi sebelum meneruskan tugasan yang menyakitkan kepala ini. Memerah otak untuk menyediakan maklumbalas audit. Ye la audit tahun 2010 aku takde kat sini. Jadi untuk menyediakan maklumbalas yang mantap kena buka segala fail yang berkaitan, kaji sejarah, buat kronologi, check site. Huaahhh sakit kepala. Nasib baik pagi tadi kat radio ikim ustaz tu duk cakap pasal formula meningkatkan motivasi kerja. Senang sangat.
Tanamkan dalam diri bahawa Allah SWT sentiasa berada disisi kita. Dia tidak pernah meninggalkan kita walaupun sesaat. Oleh yang demikian kita tak perlu susah hati kerana Allah Maha Mengetahui apa yang dilakukan oleh setiap hambanya di muka bumi ini. Laksanakan tugas dan tanggungjawab yang telah diamanakan dengan sebaiknya dan selebihnya berserah kepadaNya.
Mudahkan?
Ok nak sambung kerja balik.
Ok nak sambung kerja balik.
1 comment:
Assalamualaikum Kak Sam
Info yg bagus tu...
Post a Comment