MY IKLAN

MY IKLAN

Thursday, March 10, 2011

PUDING JAGUNG

Assalamualaikum...
Rasanya sekarang ni makin payah mencuri masa untuk berblog. Ye la semenjak kerja kat tempat baru ni memang tak menang tangan dibuatnya. Dah le ulang alik berkali2 ganda jauhnya pastu semuanya serba baru. Harap minggu ini boleh masukkan semuanya dalam CPU yang dah berusia 33 tahun ni. Semoga minggu depan dapat laksanakan tugas dengan baik. Lagipun sekarang ni cabarannya lagi besar. Dulu subordinate ada sorang je, sekarang ada 12 orang. Dengar citer bulan depan tambah lagi 2 orang. Hehehe cabaran. Nanti kalau tangok blog ni sunyi faham2 je la yea. Tapi seboleh mungkin akan cuba pastikan blog ini dijengah setiap hari bagi memastikan dia tak berkarat. Di samping itu juga harap boleh skodeng dan jelajah blog teman2 selalu. Insyaallah.
Berbalik pada citer pasal masakan, nak kongsikan homework yang diberikan oleh Cikgu Nor Terengganu. Buatnya weekend lepas sebab tengok aqil kurang selera makan. Jadi terus buat ni. Alhamdulillah dia makan dengan begitu berselera sekali. Seperti biasa buat 1/2 sukatan je sebab yang makan pun mama ngan aqil. Baba ngan alif memang tak boleh terima makanan2 cam ni. Suka hati le kan. Ok le CNP resepi kat sini untuk rujukan masa akan datang. Tq k Nor

RESEPI PUDING JAGUNG
resipi: F&N MyR
sumber : K.Nor@SecubitGaram

Bahan-bahan
  • 1 cawan tepung kastad
  • 1 cawan jagung manis ~ saya blend bersama sebahagian air di bawah
  • 3/4 cawan gula
  • 3 cawan air
  • 1 1/2 cawan susu cair
Cara-cara
  1. Campurkan tepung kastad, gula, jagung, susu dan air.
  2. Lepas itu dikacau sehingga pekat dan berkilat di atas api yang sederhana hingga sebati.
  3. Angkat dan sejukkan di dalam loyang atau acuan dan boleh lah dihias dengan buah ceri dll.

9 comments:

Nieza said...

wah ada puding jagung pula...my fav ni.sibuk-sibuk pun ada juga tayangan kak sam ni....kalau saya blk keja nanti sure sunyi jugalah blog tu. akak umur 33thn ke? muda lagi tu..keja mana sekrng ni kak?

Zaliedana said...

Assalam kak,kira okla tu kak,bz2 ngan kja pong sempat juga update blog..Sekarng nih musim memuding sedunia kut kak,ngee,merata umah da puding..Msti sedap n lemak jer puding akak nih kan..Anak akak 2 2 boy eks..Sy 2 2 girl..hehe..

Kak Sam said...

Nieza..
Semalam baru dapat angka tu. La ni dirugaskan di SPU. Hehehe tak larat tapi best. Sabor je le. Nak kat DTL pgrh cam tak bagi je. Huahh

Zaliedana...
Actaully 3 dah. Boy jugak. Aiman nama dia. Harap2 next kita tukar pula yea.

tun_telani said...

assalamualaikum kak sam..
ni mesti tgh bz kt opis nih.. hihi..
tun je yg x abih2 belajar lagi... bila laa nk merajinkn diri siapkn keje nih. haish.. kene beruasahak kurangkankn blogging jugak la ni kot.

misza said...

saya pun suka puding jagung. tapi biasa kalau buat sagat(parut) jagung segar. tak la halus sgt.
salam kenal gak yer. tq sudi folo blog ttm.

cik cek said...

Sam...Puding Jagung...sedapnya....nak buat..kat rumah kak cek ni org tak berapa nak suka makan...hu hu...so pandang2 je la kat "rumah" Sam ni...kalau dekat leh jugak mintak sikit..he he..

Kak Sam said...

misza..
tq.

Cik cek...
nak brapa bekas. Nanti saya poskan.

Princess Nur said...

hi kak sam..mudah dan sedap nampaknya puding kastard ni..nak try la..hehe

shah-kayrul said...

favourite nie kak....wajib buat...sedap...lagi sedap dapat makan dengan kuah kastard...