MY IKLAN

MY IKLAN

Wednesday, March 16, 2011

PUDING MANGGA

Assalamualaikum...
Rasanya sekarang ni musim buah pelam aka mangga. Nampak ramai orang jual kat sana sini dan harga pun agak murah. Baru ni hubby beli 3 kilo sepuluh ringgit. Ye la wifey dia kan suka makan buah ni. Teringat pulak kat homework yang izah bagi. Alhamdulillah berjaya disiapkan. Resepi ni izah ambil dari tiffinbiru.


RESEPI PUDING MANGGA
sumber: CMG@ tiffinbiru
cNp: Izahdaut

BAHAN-BAHANNYA :-)
  • 5 gram serbuk jelly "konnyaku"
  • 625 ml air (2 1/2 cawan)
  • 4 camca besar gula pasir
  • 200 ml susu sejat "IDEAL"
  • 200 gram isi mangga masak*
  • 125 ml air*(*dikisar halus)
  • 2-3 titik pewarna kuning
  • Hirisan mangga untuk hiasan
  • Daun pudina untuk hiasan

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Dalam periuk, satukan air, gula dan serbuk jelly, kacau hingga larut dan masak dengan api sederhana sambil dikaau selalu hingga mendidih, masukkan 2-3 titik pewarna kuning, kacau rata.
  2. Alih periuk dari api. Tuang puree buang mangga tadi dan kacau dengan whisk hingga rata , kemudian masukkan susu cair, kacau hingga rata. Isi dalam bekas sesuai, biar hingga hilang wap panasnya.
  3. Simpan dalam peti sejuk selama 1 - 2 jam atau hingga keras. Hidangkan bersama hirisan mangga dan juga selitkan daun pudina sebagai hiasan...

7 comments:

Deliah's Deli said...

mcm2 bentuk..cantik2..mkn sejuk2 sedap sgt2..:p~

Areyoudys said...

as salam..
wah..puding mangga..
saya reader baru akak.mnak tahu perkembangan blog. maka, saya follow akak =)


nak kongsikan entri baru-lama :

internet lambat dan selalu disconnect, sila rujuk sini

Kak Sam said...

Del...
Saja suka2.

...
tq. Insyaallah nanti saya ke sana

anymz said...

salam sam
wah,dah banyak homework yang siap tu..
dah terror lah dah tu..kena tukar tajuk tak boleh kata home work lagi boleh lah di iktiraf sebagai my work.hehe

Kak Sam said...

kak anymz..
List panjang lagi ni. Bila nak habis pun tak tahu.

Trying To Be Muslim.. said...

Kak Sam...mmm mangga tak dak la minggu ni yg masyam2 je available...mm kene tunggu weekend la mudah...mmm yummmy!!

No name said...

nmpak menarik....