MY IKLAN

MY IKLAN

Saturday, March 26, 2011

Pulut + Kuah Durian

Assalamualaikum...
Baru sekarang berkesempatan mengadap pc. Pagi tadi masa otw pi tesco berpeluang menjenguk dapur kawan2 melalui ip. Tumpang gembira dengan citer CMG, kak nor sibuk nak pi kenduri, banyak n3 izah yang ketinggalan dan hana pula masih belum muncul2. Cuaca kat penang sekarang memang tak memberangsangkan. Dari pagi tadi sehingga sekarang hujan masih mencurah2. Kalau ikut rasa cam nak pakai stoking dan ambil selimut pastu zzzzzzzz. Nasib baik masih kuat iman lagi ni. Hari ni sarapan pulut dengan kuah durian je. Petang semalam hubby beli durian kat pasar malam sg. ara. Dia request nak makan kuah durian. Kebetulan pula pulut ada sikit lagi. Untuk anak-anak pula gorengkan roti sosej. Nak masak kuah ini pun cari kat MyR. Ye la biasanya kalau kat kg benda2 macam gini cakap je pastu ada orang akan buatkan. Kita tahu makan je. Ok le tak mau citer panjang nak pergi berjalan2 di alam maya sambil mengeratkan tali silaturahim.

RESEPI PULUT KUKUS

Bahan-bahan ( 4-6 orang )
  • 4 cawan beras pulut
  • 1 tin santan (400ml) - jgn campur air
  • Sehelai daun pandan
  • garan secukup rasa
Cara-cara
  1. Rendam pulut semalaman
  2. Cuci dan toskan pulut dan kukus hingga 1/2 masak
  3. Setelah 1/2 masak keluarkan dari kukusan dan masukkan dlm bekas. Kemudian tuangkan santan yang dicampurkan secukup garam ke dalam pulut tadi dan gaul hingga rata
  4. Masukkan semula ke dalam kukusan dan kukus hingga masak

RESEPI KUAH DURIAN
Sumber: syahmi@myresipi.com

Bahan-bahan ( 2 orang )
  • 5 ulas durian
  • 3 sudu gula pasir
  • 1 1/2 cawan santan sederhana pekat
  • Pilihan : boleh juga tambah gula merah untuk mengubah warna~ saya tambah sedikit gula merah dan kurangkan gula
Cara-cara
  1. Buangkan biji durian dan hancurkan sedikit.
  2. Masukkan dalam periuk bersama gula dan santan.
  3. Masak hingga mendidih.


    14 comments:

    Princess Nur said...

    dah masuk musim durian ni boleh la pulun durian byk2 ye k'sam..i loikee...hehe..

    Kak Sam said...

    Ya betul. La ni bersepah2 orang jual durian. Harga pun murah sikit.

    NoorMasri said...

    alamakkkkkk ada pulut doyan...sedapnya.....terliur lah plak...

    Diana @ Melley Mey said...

    kat s'jung untung kan kalau musin durian.. murah sgt harga durian tu.. kalau kami kat Labuan nie.. mahal giler.. best kalau pergi sana musim durian kan.. Tapi dian x boleh mkn byk.. nnt sakit kepala.. hehehee

    tun_telani said...

    kak sammm... sedapnyer pengat durian!! tun pulut2 ni kurang sikit.. pengat durian tu cicah roti, separuh bungkus habis mkn sorang nih.. hihi

    ady said...

    as-salam, sungguh menyelerakan pulut durian, kalau mkn dgn roti pun sedap kuah durian tu....

    Nailah Azman said...

    Alaaa .. dekat dua tahun dah tak dapat makan durian. Balik Malaysia mesti tak musim dah.

    anymz said...

    salam sam
    ada lagi tak tu?akak nak semangkuk.meh anta ke nismilan nih naik bot laju turbo.nak makan pagi esok cicah roti..ermmmmmm..sedapnya sam.

    HomeKreation said...

    Aslmkm. Musim doyan ker ni... patut ler terbau2 je.... kat sini bayang pun tak nampak...

    Kak Sam said...

    Kak Noor...
    nak ke? mai le.

    Dian...
    Rugi...rugi...dah le bau dia harum rasa pulak punya le enak. Hehehehe

    Kak Sam said...

    Tun...
    La cam gitu pula. Akak sapu je tapi masih under control.

    Ady..
    tq

    Nailah..
    mai le balik sekarang. ni tengah musim. Hehehe suka2 hati je

    Kak Sam said...

    Kak anymz...
    Bereh. Tunggu je pag esok yea.

    Kak Ros..
    Haah. Tapi rasanya cam baru nak mula luruh je.

    Bee said...

    Assalamualaikum, salam kenal dr saya ya..masuk2 je kat sini bau pulut durian..sedap!!!

    MamaEma said...

    wah, saya baru rasa makan pulut durian kat kmpung..