MY IKLAN

MY IKLAN

Friday, April 29, 2011

Di Perjalanan Ini


Assalamualaikum......
Rasanya macam dah setahun tak bersiaran. Bukan tak nak tapi kesibukan di tempat kerja dan keadaan kesihatan membataskan masa untuk buat n3. Entahlah jika di takdirkan satu hari nanti memang dah tak boleh langsung nak buka my homework ni maka redha je le. Pada ahad lepas masa nak bangun solat subuh memang tak terdaya langsung rasanya. Badan terasa sakit sangat dan kepala pening. Gagahkan juga diri untuk mengadap Ilahi namun ketika rukuk dan sujud umpama ada batu besar yang diletakkan di atas belakang badan. Jadi seharian berbaring di rumah dan pada pagi isnin pergi ke klinik dan dr. memaklumkan bahawa itu hanyalah sakit urat yang biasa dialami oleh seseorang ketika demam. Sehingga semalam kepala sentiasa rasa berpinar kadang kala rasa macam nak pitam. Walau apa pun dugaan datang melanda, gagahkan juga diri untuk ke pejabat kerana terdapat tugasan yang perlu disiapkan dalam tempoh 2 minggu. Sepatutnya tugasan itu telah dilakukan pada 4 bulan lalu namun entah dimana silapnya tiada sebarang tindakan diambil sehingga saya berkhidmat di sini dan dipertanggungjawabkan untuk menyelesaikannya. Harap2 dapat siap dan hantar pada tarikh yang ditetapkan. Ok le jika diizinkan olehNya nanti saya akan buat n3 lagi.

6 comments:

Cik Puan Izan❤ said...

patutlah dah lama tak nampak kak sam...semoga kak sam sihat seperti biasa...take care! ^__^

tun_telani said...

kesiannye akak.. makan ubat ye.. take care, get well soon ^^

Unknown said...

alahai siannya kak sam...kalau tak sihat tu kena bawa-bawa berehatlah...semoga cepat baik yer:)

~Norul Mas Hana ~ said...

Kak Sam,
moga cepat sembuh..bykkan berehat..

EmbunRosaliza said...

assalam kak sam..akk doakan moga cpt sembuh n pulih seperti sediakala

nOOrsha said...

salam kak sam..siannye x sihat ye.. takpela, dok rehat dulu ye, jgn buat keje trok2.... take care n mkn ubat spy lekas sembuh.. nanti blehla BW smule :)