MY IKLAN

MY IKLAN

Sunday, April 17, 2011

Kari Kepala Ikan

Assalamualaikum....
Mukadimah kali ni tak nak panjang2 sebab kesuntukan masa. Kari kepala ikan ni buat untuk lunch semalam sebab teringin sangat nak makan. Kat penang ni saya paling suka kari kepala ikan di Pen Mutiara, tapi tak boleh pergi selalu. Faham2 je la. Alhamdulillah resepi ni tidak mengecewakan habis sekali hadap je. Tq to DJ sebab sudi kongsi resepi yang best ni. Saya derhakakan sikit dengan menambah sedikit santan. Next time nak buat lagi.

RESEPI KARI KEPALA IKAN
Sumber: Dayang Jack

bahan-bahan :
  • Kepala ikan jenahak atau ikan merah (dibersihkan)
  • kacang bendi
  • 3 biji bawang merah (dihiris)
  • 2 ulas bawang putih (dihiris)
  • 1 inci halia (dihiris)
  • 1 tangkai daun kari
  • sedikit halba campur
  • tomato (dibelah 4)
  • 3 sudu makan serbuk kari ikan Adabi (dibancuhkan dengan sedikit air)
  • garam dan sedikit gula
  • air asam jawa
  • 1/4 cawan santan ~ saya tambah
 Cara-cara :
  1. Tumiskan bawang merah, bawang putih, daun kari serta halba campur hingga wangi. Kemudian masukkan bancuhan rempah kari dan tumis lagi hingga garing atau pecah minyak.
  2. Masukkan air secukupnya. Kacau rata-rata dan biarkan ia mendidih.
  3. Kemudian masukkan ikan dan kacang bendi. Perasakan dengan garam dan gula. Akhir sekali barulah dimasukkan air asam jawa dan tomato.
  4. Setelah masak, angkat dan hidangkan panas-panas bersama nasi putih dan sambal belacan.


    6 comments:

    Yatie said...

    Assalamualaikum Sam,
    Sedapnya tngk kari kepala ikan tu..ada bendi lagi..fuhhh mmng sedap sngt..kegemaran akak ni..cek mek molek kat bawah tu pun kuih kegemaran akak...dtng sini terus je laporrrrr..

    Kak Sam said...

    Kak Yatie buat mesti lagi best punya. Nanti bila akak nak buat bagitau ye boleh tumpang sekali.

    Diana @ Melley Mey said...

    Assalamualaikum kak sam..
    wah nampak sgt sedap... x pernah masak ngan halba campur.. :D. pasti sedap..

    azieazah said...

    Memang biasanya orang sebelah utara, masak Kari dengan halba. Biasanya kari ikan je, kalu kari ayam tidak lah.

    Kalu makan dengan sambal belacan, telur masin or ikan kering, ada lak Papadom...

    perhhhhhhhhhh!

    Mas said...

    perhhhh...sedapnya kari kepala ikan...

    FairyLilly said...

    Adus, tak boleh tahanlah tengok kari ni....kalau dapat, mau nyer makan 2-3 pinggan