Assalamualaikum...
Alhamdulillah syukur kepadanya kerana diberi kesempatan untuk terus update my homework ni. Sebenar ada banyak homework yang telah disiapkan dan tunggu giliran untuk dikongsi disini. Tapi kali ni resepi yang ni dah potong barisan. Bukannya apa hati tengah berbunga ceria sebab hubby kata dessert ni sedap. Ianya amat luar biasa sebab hubby tak berapa suka makan benda cam gini jadi bila dengar dia kata cam gitu terus berbunga2 jadinya. Sekarang ni kat penang cuaca memang panas sangat. Duk fikir apa le yang sesuai untuk menyejukan anak tekak ni. Terus teringat kat kak ummi yang jauh nun di kuantan tu. Jadi apalagi start enjin terus geledah home sweet home. Kita buat separuh dari sukatan yang kak ummi bagi. Terima kasih banyak2 kak sebab sudi kongsi resepi yang sedap2 kat dapur akak tu. Muahhhhh sayang kak ummi. Walaupun buktinya tak secantik mana tapi tetap jugak nak tayang kat sini. Ingat yea tuan puan rupa paras tak penting, apa yang penting...... (fikir le sendiri yea). Kepada semua sila le cuba resepi ni memang tak rugi punya.
~Angkut sekali dari Home Sweet Home~ |
Adaptasi dari : Hazila
CnP dari: Ummi@Home Sweet Home
Bahan:-
- 1/2 biji honey dew - kupas dan potong dadu
- 2 cawan susu segar
- 1 cawan susu sejat
- 6 sudu besar gula pasir
- 1 sudu teh esen vanila
- 2 cawan kiub ais
- 3 sudu besar sagu (akak guna yg merah) saya guna yg putih
- 2 cawan air panas didih
- Rendam sagu selama 5 minit, kemudian toskan dan rendamkan pula ke dalam air panas didih dan biar sehingga sagu menjadi betul-betul jernih (lebihkurang 10 minit). Kemudian toskan dan basuh di bawah air paip untuk buang kanjinya...ketepikan.
- Sementara itu masak susu bersama gula dan esen vanila sebentar (x perlu didih), setakat nampak wap dan gula larut aje, tutup api. Sejukkan pada suhu bilik
- Kisar sebahagian honey dew, 1 cawan susu tadi dan kiub ais hingga halus.
- Campurkan kembali ke dalam baki susu tadi. Kacau rata.
- Masukkan honey dew yang dipotong dadu kecil serta sagu.
- Bolehlah disantap dan sejukkan tekak.
7 comments:
salam singgah.. sedapla nampak.. nati nak buat gak
Assallamualaikum kak Sam..
Mcm sedap jer kalau sejukkan dan masukkan ke tekak..
Kak Sam,
sesuai sgt mkn musim panas ni...sejuk je masuk tekak...yummy!!
wallaaa... sedap nya tatkala panas ini..
sam ..ada lagi x..nak p rumah niii..:)
Sam, waaaaaaaaaaa...x ajak akak makan sekalipun eh? Panas terik kat Kuantan ni taauu..hulur2 la semangkuk kot yea pun...hehee...awatnya angkut gambar akak tuh..hahahahah, minat bunga hitam tu ke..hehhee
Chekgu..
Try le. Tak kecewa punya.
Naz & norul & mulan..
memang betul
Kak pia..
Mai le saya tunggu
Kak Ummi..
Akak tak bgtau cam mana nak buat bunga hitam tu. jadi saya angkut le. hehehe
Post a Comment