MY IKLAN

MY IKLAN

Sunday, April 10, 2011

Kurma Telur Pengantin

Assalamualaikum...
Sepertimana yang telah dimaklumkan pada n3 sebelum ni inilah dia rakan-rakan nasi tomato semalam. Ingatkan nak buat n3 malam tadi tapi disebabkan terdapat perkara yang tidak dapat dielakkan maka tertangguh sampai pagi. Lagipun breakfast pagi ni takde apa yang special just goreng donut yang disejuk bekukan tempohari. Lunch hari ni pun tak tahu lagi macam mana sebab esbok tu cam takde apa2 je. Resepi ni ambik dari dapur kak ummi yang mana beliau ambik dari dapur CMG. Rasanya perkataan pengantin tu kena buang sebab telur ni direbus sendiri. Ok le nak pergi mencari apa yang patut untuk tengahari ni. Oh ye lupa pulak acar timun masih menggunakan resepi makyong@MyR  rasa macam kena je dengan anak tekak ni.


KURMA TELOR PENGANTIN
Sumber: Ummi @ Home Sweet Home

Bahan:-
  • 5 biji telor yang telah direbus dan dikupas.
  • 4 ulas bawang merah *
  • 2 ulas bawang putih *
  • 2 cm halia * (bahan * ditumbuk kasar)
  • 1 inci kulit kayu manis
  • 2 kuntum bunga lawang
  • 2 kuntum bunga cengkih
  • 2 biji buah pelaga
  • 3 sudu besar rempah kurma #
  • 1 cawan santan pekat # (bahan # dibancuh sebati)
  • 2 cawan santan cair
  • 2 tangkai cili merah & hijau - dibelah
  • 2 biji kentang - kupas dan belah 4
  • 2 biji bawang besar - belah 4 atau 6
  • garam secukup rasa
  • minyak untuk menumis
Cara Memasak:-
  1. Panaskan minyak dalam periuk/caserol, tumiskan rempah 4 sekawan (kayu manis, lawang, cengkih & pelaga) dan masukkan bahan tumbuk. Kacau hingga naik bau.
  2. Masukkan bancuhan santan dan rempah kurma. Perlahankan api dan masak hingga pecah minyak.
  3. Masukkan kentang dan gaul rata. Masak sebentar.
  4. Masukkan pula telor dan masak sekejap dalam bahan rempah.
  5. Kemudian masukkan pula santan cair, dan garam. Masak/reneh hingga nampak berminyak dan kuah agak pekat.
  6. Masukkan bawang besar dan cili.
  7. Seimbangkan rasa dan pastikan ubi kentang lembut. Tutup api.



      6 comments:

      izahdaut said...

      wa kak sam..nampak sodap tuu.. kak sam amik award kat rumah

      Ayu Safieza said...

      Kak Sam...s lomantic itew nama...:) cam baru kawen lak..ahaks...:oP!!!

      Muzhirah said...

      Kak Sam...perkataan 'pengantin' tu yg buat lauk ni spesel!

      MULAN said...

      lama sunggoh tak makan kurma telor ni.. eyy, kalo dekat, terjah dah umah kak sam ni.. hehee...

      ady said...

      as-salam
      sedapppnya tengok kurma telur terliur dibuatnye...dah lama tak masak kurma ..

      inaku79 said...

      K.sam, baru nak tanya pengantin mane, rupa2nya telur rebus sendiri.... hehehe... tp lauk cenggini sdp kan ada acar timun, sambal belacan dan lg best klu ada ikan masin....hehehe...lebih2 plak... :)