~Ayukan dia ni?~ |
Assalamualaikum...
Hari yang amat ..... . Aku pun tak tahu nak cakap macam mana. Dalam diari memang telah ditulis bahawa hari ini ada penyerahan jambatan. Padaku yang baru 1 bulan 1/2 di sini, penyerahan diadakan bagi menandakan bahawa projek tersebut telah disiapkan sepenuhnya dan diserahkan kepada bahagian lain bagi tujuan penyelenggaraan.
Disebabkan isnin dan selasa datang bekerja dengan memakai blaus dan kemeja jadi hari ini rasanya sesuai untuk berbaju kurung. Seawal 7.55 pagi telah dimaklumkan bahawa 1 mesyuarat akan diadakan pada jam 8.00 pagi. Belum pun mesyuarat berakhir pembantuku telah memaklumkan bahawa pagawai berkenaan telah menunggu ditempat yang dijanjikan. Aku bersama 3 orang lagi kakitangan bergerak ke sana dengan menaiki Ford Everest.
Alangkah terkejutnya aku kerana pada hari ini pemeriksaan kali kedua akan dibuat sebelum pihak berkenaan dapat menerima jambatan tersebut. Maka apa lagi aku bersama-sama membuat pemeriksaan dengan begitu ayu sekali (walaupun aku ni bukan le ayu sangat) berbaju kurung dan berkasut tumit tinggi. Memang rasa nak gelak terguling2 kat situ tapi kena le control macho. Taknak aku bayangkan bagaimana buruknya rupaku ketika memanjat pier ditengah2 sungai, berdiri di atas pontoon menyeberangi sungai, menaiki sky lift memeriksa arch beam di tengah kesibukan lalu lintas dan banyak lagi le. Kah..kah..kah.. Memang tobat dah. Lepas ni nak pergi beli seluar slack dan blaus banyak2 dan beli kasut scholl yang aku berkenan hari tu.
Nota: Teringat pada seorang teman yang mana ketika menjalani latihan praktikal dia ke tapak projek dengan berpayung. Kah..kah..kah
14 comments:
Salam,
Luckily Kak Sam pakai baju kurong, buatnya pakai kebaya lagi haru :)).
Saya cuba bayangkan jugak camnalah kak sam memanjat dengan pakai kain ;)
FL..
Tak yah buang masa erk.
aduhaiii kak sam...jadi model ayu sekejap yer...hehehe....
he he...dapat kak cek bayangkan....
Tapi kena bangga dan kagum...kaum wanita bukan saja cekap didapo...apa saja tugas diberi...pasti beres...biar apa pun keadaannya...setuju kan Sam...
salam kak sam...
hehehe... tergelak jugak baca coretan akak ni (ehh betul ke akak nih?) nampaknya.. lepas ni akak kena standby kasut scholl kat opis satu mana tau akan dtg terjadi lagi... hehe..
salam kak sam - kerja saya pun kadang2 kena check cable juga...kalau pakai baju kurung...emmm susah... ayu mmg ayu la kan :)
control ayu dimana-mana saja kak....hehe
Assallamualaikum Kak Sam,
Kak, kira berjaya la akak dengan kerja & keayuan akak hari ni..hehehe.. Ada sorang kwn Naz, x pernah2 pakai kasut tumit tinggi gi kerja, satu hari tu dia pakai. Nk jadikan cerita, dia terpijak kain baju kurung yg dia pakai ari tu sampai berlubang & terkoyak. Udahnye sepanjang hari tu dia bekerja dgn high heels dan kain yang terkoyak...
Assalam Kak Sam...boleh jer pakai baju kurung..redah jer!
feeewwwitttt.. pompuan melayu terakhir laa.. hihihi.. sure ada yg ckp mcm tuh (kalu x dpn2, dlm ati.. hehe...).. kak, angin kak.. jaga2 kain tuh.. ;)
Assalamualaikum Sam
siapkah gerangan gadis itu...mmg ayu seayu2 nya....kalau nak mendaki pakai seluar slack mmg senang...
kalo keje luar mmg camtu, saya pernah kena.. pastu serik laa...
Hi Kak Sam, wow! You look really very nice in that stylish outfit and tudung. Love that orangy colour.
Glad to read you keep a diary. Good for you.
I brought with me to Canada more than 24 old, faded working days diaries, as well notebooks I'd kept when young.....
And thus as I am retired, I can bring back memories from my diaries.
You stay young, keep well.
Best regards.
Lee.
Pergi site pakai payung??
Adakah itu cik Kathy.....kehkehkeh....
Post a Comment