Assalamualaikum...
Baru balik dari berjemur tengah panas. Ahad ni ada perasmian jalan baru oleh CM jadi kena le pastikan semua yang dibuat berada di dalam keadaan yang terbaik. Mata masih lagi berpinar2 dan kepala macam weng jer tapi tetap juga nak buat n3 ni.
Seronok sangat kalau tengok roti yang dibuat gebusss je. Hilang rasa lenguh jari jemari yang menguli. Haihhh bila le Bibik Melayu nak masuk dapur ni. Sabarrrr je. Ok le nak semak surat2 yang menambun kat atas meja sat. Oh ya lupa pulak, terima kasih pada ros dan mamafami sebab kongsi resepi ni. Izinkan saya cnp kat sini untuk rujukan pada masa akan datang.
RESEPI BUN LEMBUT OSAKA
Sumber resepi: rosmarlina @ jintanmanis.com
Salin dari : Mamafami
Bahan-bahanya ( Untuk Doh)
- 300gram tepung roti
- 80gram tepung gandum
- 2sudu besar water roux
- 1 biji telur ( tinggalkan sedikit untuk gliss nanti)
- 1 1/2 sudu besar marjerin
- 2 sudu besar gula
- 1/3 sudu kecil garam
- 2 sudu kecil yis
- 160 ml air suam
Untuk gliss
- baki telur + 2 sudu besar susu
resepi water roux
- 25 gram tepung gandum
- 125 ml air
Cara-cara untuk membuat water roux :
masukan semua bahan di dalam periuk dan kacau sehingga pekat dengan menggunakan api perlahan setelah pekat angkat dan sejukkan sebelum digunakan, ( bahagi dua kuantiti water roux tadi, dan boleh digunakan utk 2 adunan roti)
Cara-caranya ( Doh Roti)
- Buat doh roti, Kaedah 1, penggunaan Bread Maker (BM), masukkan semua bahan Doh dan ikut arahan menguli pada BM masing-masing dan tekan Start, tunggu sampai siap diuli dan boleh terus ke langkah no. 4 di bawah.
- Kaedah 2, Jika uli tangan, masukkan semua bahan doh di dalam bekas adunan dan uli hingga tidak melekat pada tangan, Tips untuk dapat doh yang lembut, ambil plastic bersih dah letakkkan doh di dalam plastic tu, ramas-ramas beberapa minit, lebih kurang 8 hingga 10 minit, keluarkan dan uli semula dalam bekas adunan, anda akan dapat doh yang lembut dan elastik.
- Kemudian perap doh dan tutup bekas adunan dengan plastic wrap atau kain bersih dan biar doh naik dua kali ganda. Selepas itu tumbuk-tumbukkan doh bagi mengeluarkan angin.
- Bahagi doh pada 16 bahagian kecil, dan bulat-bulatkan kemudian susun atas dulang pembakar atau dalam acuan bulat 18cm. Boleh juga susun dalam acuan petak. Pastikan dulang pembakar di alas dengan baking sheet atau digliss dahulu dengan marjerin.
- Setelah bun naik dua kali ganda, gliss pemukaan bun dengan baki telur+susu tadi, akhir sekali bakar pada suhu 180 darjah selama 20 ke 22 minit atau sehingga permukaan bun perang. Setelah siap dibakar, sejukkan atas redai dan simpan di dalam bekas bertutup, bagi mengekalkan kelembutan bun. Selamat Mencuba.
6 comments:
sedapnyer bun nih. nmpk pun lembut.. tun duk ngulang roti harum madu vanilla resepi ros nih.. nnti nk try yg ni pulak.
sedapnyaaa kak... saya belum cuba lg guna teknik water roux ni... nampak gebu sungguh...
Roti ni advance lagi. Yati kek pun belum pass. Tapi kalau boleh buat, best ya, kak Sam.
wahhhh...cantiknya bun tu..
lembut gebu jerkkk tengok...
salam kak sam - macam kat kedai nya roti la :)
kat kampung saya panggil ni roti keling..hehe..kit taw makan jer..buat jangan harap..hihi
Post a Comment