MY IKLAN

MY IKLAN

Tuesday, May 10, 2011

Kueh Teow Kung Fu

Assalamualaikum.......
Pagi tadi mesyuarat kat komtar pukul 9, jadi berpeluang le hantar anak2 ke islah. Bukan main seronok lagi diorang bila mama tanya "sapa nak mama hantar angkat tangan". Dua2nya terus angkat tangan. Aqil duduk sebelah mama tanpa baby car seat, bahaya sungguh. Tapi nak buat macam mana hati2 je la. Sampai kat town tengok jam masih awal lagi jadi ambil kesempatan untuk pekena roti cheese ketapang yang sangat sedap itu. Masa order mamat tu kata ok tapi lepas tu dia datang balik dan kata "kakak cheese sudah habis". Huahhhhh tensen sangat masa tu rasa macam nak meraung je. Bukan senang nak dapat peluang ni. Awat la depa tak beli cheese banyak2. Allah Maha Kaya, kira2 jam 5.05 petang tadi bos suruh pergi mesyuarat kat komtar lagi esok pagi. Harap2 impian tercapai le esok pagi. Kalau cheese takde jugak esok akan ku bako ketapang tu. Hehehe berani ke? 

Ok le tutup citer pasal roti cheese tu. Kita bukak citer pasal tajuk n3 ni. Sekarang ni kalau nak masak rasa macam seksa jer. Dah le badan penat sebab travel pastu sampai rumah pun lambat sebab ambik abg long kat sekolah. Biasanya dia habis sekolah pukul 6.30 petang, pukul 7.00 lebih baru sampai rumah. Masuk jer dalam rumah pasti aqil berlari ke pintu memaut kaki mama dengan suara manjanya itu. Layan dia lebih kurang, lepas azan maghrib baru berkesempatan membersihkan diri. Agak2 kalau larat lepas solat maghrib masuk dapur kalau tak berdaya buat kerja yang penting2 je. Lepas solat isyak terus baca doa tidur. Alamak bosan betul le mukadimah kali ni tapi harap anda semua tak kisah yea sebab ni salah satu cara kurangkan stress. Ok le ni menu masa rajin, 1st time buat. Resepi dapat dari MyR siap ada gambar langkah demi langkah gitu, jadi ikut je la. Kalau rasa nak ubah selera boleh le cuba resepi ni. Terima kasih yea hanis sebab kongsi resepi ni. Izinkan saya cnp di sini.


Resepi Kueh teow kung fu
Sumber: hanis MyR

Bahan-bahan ( 1 orang ) ~ saya buat untuk 2 orang
  • kueh teow
  • 2 biji telur
  • lada hitam / lada putih
  • mix seafood
  • lobak
  • 1~1setengah sudu besar tepung jagung
  • 1 cawan air
  • sayur-sayur lain (optional) (sayur2 kat rumah dah abis la pulak)
  • 1 ulas bawang putih
  • 2 biji cili padi (kalau nak lebih pedas boleh letak lebih)
  • sos tiram
Cara-cara 
  1. Pukul telur bersama garam dan sedikit lada hitam/ putih di dalam gelas. 
  2. Masukkan keuh teow hingga 3/4 gelas. (dah terlebih masuk kueh teow)
  3. Tuang dalam kuali yang dah diletakkan sedikit minyak. ratakan kueh teow supaya menjadi sedikit nipis. Balikkan supaya kedua-dua belah masak.
  4. Masukkan dalam pinggan dan sedikit melengkung.
  5. [untuk kuah] Tumis bawang putih hingga sedikit perang. kemudian masukkan seafood mix.
  6. Tuangkan tepung jagung yang telah dibancuh dengan air dalam kuali.
  7. Masukkan sedikit lada hitam, cili padi, sedikit sos tiram, lobak dan sayur-sayuran.
  8. Biarkan kuah sedikit pekat kemudian tuangkan ke dalam pinggan berisi kueh teow tadi. (kalau nak lebih kuah boleh tambah lagi air)


    7 comments:

    Sheery Dream Cakes said...

    Assalamualaikum kak sam...
    lewatnya sampai rumah... pasti memenatkan... ermm... jgn bako kedai tu kak sam.. nnt x dpt makan roti tu lagi camner? hehehehe :D

    kueh teow kung fu tu nmpk best jer yer akak... lom perna lg cuba memasaknya... :)

    tun_telani said...

    fuhh..mencabar betul jd wanita bekerjaya ye.. tun selalu pk yg mama tun wonder women, rasa2nya majority wanita bekerjaya n berkerluarga ni wonder women laa =)
    tun suka makan ni, dh lama xbeli kuew tiaw.. x jumpa lg yg ada tanda halal kt sini.

    CT Delima said...

    Assalamulaikum Kak Sam

    CT yang tak bekerja ni pun rasanya cukup tercabar juga kak, tapi alhamdulillah dulu duk belerja sibuk nak duduk kat rumah. sekaranag rasanya duk rumah lagi seronok.. hihihi

    Ada stok kuew tiau sebungkus tak masak2. ingat nak goreng jer. tapi tengok kak sam masak ni telan2 air liur gak ni :DD

    cik cek said...

    Salam Sam...

    Wah! ada Kuey Teow kung Fu la kat sini...mesti sedap ni...:)

    lina said...

    salam kak sam - nampak sedap kueh teow kung fu tu

    Mulan said...

    sedaaaappppp tu..

    Kalamhati said...

    Salam kak sam..

    cedapnyeee..hehe