MY IKLAN

MY IKLAN

Monday, May 9, 2011

K.C.L.K.C.Z

Assalamualaikum........
Dapat teka tak apakah nama penuh bagi short form kat atas tu? Kalau dapat boleh tuntut hadiah dari my homework. Hanya orang pertama menuntut akan dilayan. Hahaha seronok gak kalau sekali sekala merepek ni. Bukannya apa saja nak cover rasa segan, ye la orang lain dah bertahun buat kek ni tapi saya baru nak buat. Ish..ish..ish pemalas betul le kak sam ni. Tapi tak kisah le kan yang penting semua homework yang yang diberikan dapat disiapkan. Rasanya ramai sangat yang dah buat kek ni sampaikan ada yang dah menderhaka kaedah memasaknya. Tapi saya sebagai anak murid yang patuh ikut bulat2 step yang dinyatakan. Seperti biasa kek yang dibuat dibawa ke pejabat. Kalau bior kat rumah alamatnya berkulat le kek tu. Kek ni memang sedap tapi saya lebih suka Kek Kukus Munira lagi. Ok le layan le kek ni, saya nak pi mengisi perut yang dah melagukan irama keroncong ni. Oh ya ganache saya buat macam biasa, boleh skodeng kat SINI.


Resepi Kek Coklat Lembut Kukus Chef Zubaidah (K.C.L.K.C.Z)
Copy from: Mas

Bahan :
**100 gm serbuk koko
**1 tin susu cair
**200 gm minyak masak @ minyak sayuran @ pun butter cair
**250 gm susu pekat
250 gm gula kastor - aku kurangkan ke 180 gm saja
4 biji telur - pukul hingga berbuih
150 gm tepung gandum
1st soda bikarbonat
1 st baking powder

Cara membuatnya :
  1. Campurkan kesemua bahan bertanda ** dan masak dengan api perlahan sehingga licin. Tak payah sampai menggelegak
  2. Satukan dengan telur yang di pukul tadi dengan mixer. Gaulkan bahan2 kering dan campurkan sedikit2 sehingga sebati.
  3. Masukkan ke dalam tin yang di lapik dan minyakkan. Kukus selama 1 jam dengan api sederhana. Pastikan air telah menggelegak sebelum di kukus.
  4. Sejukkan dahulu sebelum di hiaskan dengan icing @ ganache.
~ Orang malas punya kerja~


    6 comments:

    Anna Qawina said...

    mmm....ngaapp!!1

    hihi..saya pun rasanya lbh suka yang kek kukus Munira tu..tekak sama nih..bak 2 ketul..

    Kak Sam said...

    Anna mai le. Saya tunggu

    !✿❤Cik Puan Izan❤✿! said...

    kak sammmm...kata suruh teka..tapi tu dah bg jawapan...menci tau... :p

    kek tu nampak sedapp...cara pun senang cuma nak menimbang tu agak maleh...heheh

    ~ yus ~ said...

    yus pun pernah cuba resepi ini..memang sedap kan..:)

    tun_telani said...

    fuhh.. meleleh2 coklat tu yg buat lg terliur tuh... eh? kalau malas xwat dh topping tu. ni kira rajin dh ni =)

    Naz said...

    Ish kak Sam ni.. Tang meleleh2 topping tu yg tak tahan tu..

    Naz pun suka kek coklat kukus Munira..