MY IKLAN

MY IKLAN

Saturday, June 25, 2011

BISKUT CHOCOLATE CHIP FAMOUS AMOS (HOME MADE)

Assalamualaikum......
Gara-gara godaan naz 4 hari lepas memang bersemangat nak siapkan homework yang ni. Tambahan pula ada teman yang terus-terusan menggoda. Kebetulan pula balik dari rumah orang kahwin tadi singgah sebentar di Pekan Lunas terjumpa cookies tray yang lebih murah berbanding dengan harga di kedai di Kepala batas. Jadi apalagi ambil le 2. Tapi yang geramnya bila masuk kat kedai lagi 1 didapati harganya lebih murah. Bukan main lagi hubby gelakkan. Takpe le anggap je itu rezeki kedai yang pertama tadi. Kesian kat tray tu tak sempat pun nak berehat terus dikerah untuk bekerja. Alhamdulillah hasilnya tidak mengecewakan. Seperti biasa si Alif tidak dapat menerimanya kerana katanya rasa susu. Tensen sungguh. Maka makan le mama bersama Aqil. Rasanya biskut ini akan tersenarai dalam kuih raya yang akan dihidangkan pada tahun ini. Almaklum le seumur hidup tak pernah buat kuih raya sendiri. Masa ada arwah mak dulu cuma tolong2 je..Tu pun kuih tradisional. Biasanya kuih raya akan ditempah daripada kakak yang tinggal di puchong. Hari tu bagitahu MIL dengan yakinnya bahawa kuih raya tahun ini adalah hasil air tangan sendiri. Sekarang ni tengah menabung untuk membeli mixer. Sekarang duk guna hand mixer, jadi faham2 je le. Hajat di hati nak dapatkan  kenwood  KM264 @ KMX51 yang nampak gagah tu. Tapi bila difikir-fikirkan balik macam tak  berbaloi. Almaklum le guna jarang2 @ kadang2 je. Tengok le macam mana nanti. Semoga impian akan menjadi nyata. Ok le naz kita angkut resepi mai tampal kat sini. Lain kali kalau nak buat lagi tak payah le selongkar dapur orang dah.

RESEPI BISKUT CHOCOLATE CHIP FAMOUS AMOS (HOME MADE)
Oleh : Naz's CUTE OVEN, SMALL KITCHEN

Bahan-bahan ayak :
  • 280 gm (2 1/4 cawan) tepung gandum
  • 10 gm (3 tsp) serbuk koko
  • 2 Tbsp tepung jagung
  • 1/2 tsp soda bikarbonate
  • 2 Tbsp susu tepung
  • Secubit garam
Bahan-bahan lain :
  • 250 gm mentega
  • 150 gm gula kastor
  • 1/2 tsp asen vanilla
  • 1 biji kuning telur
  • 100 gm (1/2 cawan) coklat chip
  • 100 gm sebarang kekacang(walnut, badam, gajus dll yang dicincang) atau kismis - optional
Cara-cara :
  1. Pukul mentega, gula kastor dan esen vanilla hingga kembang.
  2. Masukkan kuning telur dan pukul rata.
  3. Masukkan bahan-bahan ayak dan kemudian kacau hingga sebati dengan spatula atau tangan.
  4. Masukkan coklat chip dan cincangan kacang atau kismis. Kacau rata.
  5. Sudukan adunan ke atas dulang pembakar. Boleh juga diuli menjadi bebola-bebola kecil dengan menggunakan tangan. Susun di atas dulang pembakar. PERHATIAN! JANGAN LETAKKAN BEBOLA RAPAT-RAPAT ANTARA SATU SAMA LAIN KERANA BEBOLA INI AKAN MENGEMBANG DAN MELEPER SEWAKTU PROSES PEMBAKARAN.
  6. Bakar pada suhu 160 C selama 15-25 minit bergantung kepada saiz bebola-bebola adunan anda.
  7. Sejukkan dahulu biskut sebelum disimpan di dalam bekas kedap udara.
 NOTA :
Naz tak letak pun kekacang atau kismis di dalam adunan kerana dengan coklat chip saja pun dah MELETOPZZZZ rasa biskut ni. Lagi pun Husna tak berapa gemar makanan yang ada kekacang di dalamnya.
Rasanya kalau nak letak kekacang di dalam adunan, elok dikurangkan coklat cip sedikit kerana satu keping biskut ni, penuh dengan coklat cipnya. Cadangan Naz: 50 gm coklat cip dan 50 gm kekacang.
Cubalah buat biskut ni.. Tak rugi mencubanya.. Kalau tak cuba dah rugi macam Naz(setahun Naz rugi tu).


    9 comments:

    IMANSHAH said...

    sedap nampak..bertuah si suami dan anak2

    Yatie said...

    waduh buat akak pun tergodalah tngk cookies ni...dah verangan gak ni nak buat..tngklah kalau ghajen...hehehehe..

    izahdaut said...

    Trasa kecil diriku bila sebut pasal mixer. Tringat mixer cap ayam ku rm25 hengget. Hahaha.. Kak sam. Nak sebalang .. Suke sekut ni. Tapi pelik skit sekut fames ames tu kurg suke sbb mnis sangatbrasanya. Suke manis yg sedang2 jee

    Zalieda Zaliedana said...

    Kak Sam,uii rajin akak wat sekut,sy tggu raya jer baru wat kak..

    Nadz Nazharzan said...

    Kak Sam..hehehe..dah buat homework yer.. Best kan sekut ni.. Rasanya pun mcm kurang sikit manis dr yg dijual tu(Famous Amos yg original)..Lagi pun kalau buat sendiri boleh adjust kemanisannya kan kak.. Naz pun nak buat raya nanti..Give me 5 kak..

    Acik Erna said...

    assalam sam..alhamdulillah..dah ada niat tu..nak buat sendiri biskut raya.teruskan...

    Nuwairani said...

    akhirnya...kak sam pon mencuba jugak...

    Amie said...

    assalam,
    homework yang perlu dpt pujian... amie pun tak pernah buat biskut utk raya, tolong2 emak & kakak buat adalah... tapi sampai bila tak mahu buat sendirikan? nak cuba juga...

    Sheery Dream Cakes said...

    Assalamualaikum kak sam..
    anak2 diana mmg suka biskut gini... tapi biasanya p beli jer.. :D. nnt nak try yg nie gak...