MY IKLAN

MY IKLAN

Monday, June 27, 2011

TEKNIK DAN TIPS MEMBUAT MUFFIN

Assalamualaikum.......
Dalam sibuk-sibuk menyiapkan homework2 yang diberikan dan selepas berlakunya kejadian INI maka terlintas di fikiran bahawa kaedah pembelajaran yang dilakukan pada masa ini ada yang tidak kena. Biasanya kalau belajar kita perlu belajar teori terlebih dahulu dan diikuti  dengan praktikalnya. Tapi sekarang ni duk buat praktikal jer. Betul @ tak Allah SWT sahaja yang tahu. Hari jumaat lepas banyak juga dapur yang digeledah sebab nak cari muffin yang sedap-sedap. Jadi kepada sesiapa yang tengok dapurnya berselerak pada hari tersebut minta maaf ye. Rasanya sebelum balik dah kemas elok2 tapi kalau ada yang tak kena minta maaf bebanyak yea. Seperti biasa kalau tak geledah dapur idola saya ni memang tak sah. Walaupun tuannya sekarang ni banyak menyepikan diri tapi dapurnya tetap meriah dikunjungi oleh rakan taulan. Kepada Cikgu Ina ' I Miss U So Much". Huah...huah...huah....Berbalik kepada tajuk di atas saya minta izin bebanyak kepada tuan empunya diri untuk CNP tips membuat muffin ni kat sini. Bukannya apa senang untuk dirujuk pada masa akan datang, tak payah le selongkar dapur orang. Secara tidak langsung ilmu yang anda kongsikan dapat saya panjangkan kepada mereka2 yang sedang @ berkeinginan untuk membuat muffin sendiri. Pada saya yang baru membuat percubaan sebanyak 3 kali ni dapat disimpulkan membuat muffin ini mudah tetapi jika tidak kena gayanya muffin tidak menjadi sepertimana yang diimpikan.

Teknik dan Tips Membuat Muffin  dari Hanamemories
Sinopsis
ALkisahnya.. Muffin berasal dari bahasa Perancis moufflet yang bererti roti yang lembut. Dalam bahasa Jerman muffe yang merujuk pada salah satu jenis kek. Muffin dikategorikan sebagai quick bread kerana proses pengembangannya tidak menggunakan yis tetapi baking powder@soda bikarbonat dan juga telur. Baking powder mutlak dalam pembikinan muffin. Sedangkan soda bicarbonat tidak wajib, hanya ditambah ke dalam adunan yang biasanya mengandungi coklat atau yang mengandungi byk cairan dan buah2an utk `mengering`kan adunan.

Cara mengaduk adunan
Prinsip dasar membuat muffin adalah mencampurkan bahan kering dan bahan cecair. Aduk campuran bahan dengan senduk kayu/spatula hanya beberapa kali sahaja (biasanya 5 kali) asal bercampur semuanya. Jangan dikocok@mixer! Adunan yang terbentuk memang tidak licin, berbongkah-bongkah, bahkan kadang kala masih terlihat bahan kering belum menyatu dengan bahan basah. Bila adunan terlalu lama di aduk akan menghasilkan gluten, yang akan mengakibatkan muffin menjadi bantat, dan teksturnya kasar dan penuh lubang.

Cara menuang adunan ke dalam cup
Tuang adunan muffin ke dalam cetakan menggunakan sendok atau skoop aiskerim hingga hampir penuh atau 3/4 penuh agar tinggi permukaannya selepas masak. Ketika menuang, adunan muffin harus dalam bongkahan yang besar, bukan mengalir seperti kek (tanda muffin terlalu banyak di aduk). Jika lubang tray muffin tidak terpakai semua, isikan juga dengan mangkuk kertas agar loyang tidak terlalu panas dan mengakibatkan loyang cepat rosak dan muffin yang berdekatan dengannya kurang kelembapan.

Cara membakar Muffin
Salah satu kunci kejayaan membakar muffin adalah kepanasan oven yang tepat! Panaskan oven suhu 200darjah celsius selama 20min. Pasang rak di tengah, bila terlalu ke bawah, dasar muffin akan terlalu kering, bahkan kosong. Adunan yang sudah di tuang harus terus dibakar. Untuk hasil terbaik, usahakan membakar muffin sekali harung sahaja! Biasanya hasil yang kedua tidak sebaik yang pertama. Jika terlalu banyak, campurkan adunan kering dan basah setengah bahagian dahulu, setelah adunan pertama masak, baru campur baki adunan dan terus dibakar.

Masa membakar muffin antara 20-25min, Untuk mengetahui muffin masak, masukkan sebatang lidi ditengah muffin, jika masih melekat maknanya belum cukup masak. sebaliknyer jika lidi dilihat bersih bererti muffin sudah masak. Muffin yang sempurna pembuatannya adalah permukaannya yg menggunung dan berlaku sedikit rekahan! teksturnya tidak halus seperti cake, tetapi berlubang kecil rata dan lembab. Jika muffin hanya naik sebelah, maknanya oven terlalu panas. Masing2 mempunyai oven yang berbeza2 suhu kepanasannya. Maka sesuaikanlah mengikut kepanasan suhu oven masing2. Jika suhu 200 muffin yang di masak cepat hangus, maka turunkan 10darjah celsius.

Penggunaan Loyang
Ada dua ukuran standard muffin iaitu yang berlobang 6 utk 200ml dan berlubang 12 utk 100-150ml. Selain yang berlogam ada juga yang bersilikon. Loyang yang berwarna gelap lebih menyerap panas. Oleh sebab itu turunkan suhu 15-20 darjah celsius dari panas yang diminta dalam resepi saat menggunakannya.

Tips Membuat Muffin  dari Intanberlian hampir sama cuma terdapat tambahan iaitu;

Baking Powder MESTI ADA
Muffin ni dikenali sebagai quickbread sebab pengembangannya tak menggunakan yis tetapi sebaliknya menggunakan Baking powder dan Sodium Bikarbonat. Tetapi Baking Powder WAJIB ada, sedangkan Sodium bikarbonat ni tak wajib pun. Tapi kalau ada kedua-duanya pun ok sahaja.

Baiklah semoga ilmu yang dikongsikan oleh mereka2 ini dapat kita jadikan panduan dalam menghasilkan muffin yang sedap dan memenuhi selera kita sekeluarga. SELAMAT MAJU JAYA.


    3 comments:

    Amie said...

    assalam kak sam,
    tips yang diberi sgt bermanfaat utk mak budak yg baru belajar macam amie, terima kasih kak....

    Unknown said...

    tip yang terbaik..

    Trying To Be Muslim.. said...

    Assalamualaikumwbh Kak Sam..winduuu ar....tq for the tips...:)