Assalamualaikum.....
SANGAT PENAT! Itulah yang boleh dikatakan sekarang ni. Semakin hari kerja semakin banyak. Macam-macam yang perlu dilakukan. Hari ni lepas maghrib baru balik. Bayangkanlah pukul berapa baru sampai rumah kalau perjalanan mengambil masa lebih kurang 1 jam. Malam ni dapur memang tak berasap le jawabnya. Ok le malas nak bercerita panjang. Jus kat bawah ni memang sedap. Kalau rajin cuba le teka apa nama penuhnya yea. Orang pertama yang memberi jawapan yang tepat sila le beli hadiah untuk diri anda sendiri. Hehehehe
J.E.K.A.B
Sumber: My Homework
Bahan-bahan ( 3 orang )
- 3 biji apple hijau
- 2 biji asam boy
- Gula
- Ais batu
- Air masak
- 3 biji limau kasturi
- Kisar hijau yang telah dibuang bijinya bersama air dan gula
- Kemudian masukkan kedalam jug.
- Perahkan limau kasturi 2 biji dan masukkan 3 biji asam boi.
- Tuang ke dalam gelas dan masukkan ais batu.
- Enak diminum pada bila 2 masa sahaja
Kepada Kak Nor tahniah sebab dah berjuta kali orang skodeng Secubit Garam tu. Semoga berbahagia disamping insan2 tersayang dan terima kasih di atas pemberian bunga ros yang cantik ini.
9 comments:
apa maksud JEKAB tu? hihih...ini kalau dpt minum tgh hari panas2, sedapnye tekak...
kak sam!! tun nak teka!!! Jus Epal Kasturi dan Asam Boi... weee~~~~~ betul x? ^^
jus epal limau kasturi asam boi!!hehe
salam ziarah dari maklong..
sedap nampak air tu.. :)
sam...penat dah jenjalan ni...kak cek nak mintak segelas air...air yg sedap tu....kechurnya....haus2...:)
Assalam Kak Sam,
suspen je kita...JEKAB...rupanya yang ditayang itulaaa... hehehhee, sedapkan kalau campur2 & sejuk...
salam kak sam.. sedapnya air tu.. kami kat jepun ni tgh panas tau kak kalau dapat minum ni sedapnya.. tambah ada asam boi tu..:)
JEKAB=Jus Epal Kastura Asam Boi.....haaaaaaaaaaaa....dpt hadiah tak???????:P
Semua jawapan yang diberikan adalah betul belaka. Jadi sila le beli hadiah untuk diri sendiri erk. Cuma nak tanya ayu, ada ke buah kastura?
Post a Comment