MY IKLAN

MY IKLAN

Wednesday, June 29, 2011

GARA-GARA SAMBAL MACHANG

Assalamualaikum....
Sumber dari SINI
Minggu yang amat memenatkan! itulah yang dapat disimpulkan setelah 3 hari berlalu. My Homework pun telah 3 hari tidak dikemaskini. Itulah lumrah kehidupan umpama lautan yang ada pasang surutnya. Oklah berbalik kepada tajuk di atas, kita ni diet dan seboleh mungkin untuk tidak makan nasi pada malam hari. Tapi apakan daya kalau dah buat sambal machang ni memang hal diet ni ditolak tepi, Makan malam boleh habis 2 pinggan nasi. Siapa yang salah? Fikir2 kan lah. Oh ya semua kenal kut buah machang ni. Saya tak tahu kat tempat lain panggil apa tapi di kg saya namanya buah machang. Kalau dulu masa kecil2 buah ni boleh kutip kat bawah pokok je tapi sekarang ni kalau nak makan kena beli. Baru ni saya beli kat pasar malam. Harga sekilo RM4, saya ambil 2 biji dan bila ditimbang beratnya adalah 1/2 kilo. Jadi sebiji jatuh RM1. Mahalkan. Tapi sebab bau yang harum semerbak tu ambil juga le. Buah ni saya suka sambal atau pun serawa. Ermmm Sedap sangat. Ok le kat bawah ni saya kongsi resepi sambal machang yang saya buat. Kalau teringin boleh le cuba.


RESEPI SAMBAL MACHANG
Sumber: My Homework

Bahan2
  • 1 biji buah machang saiz sederhana
  • 1 biji cili merah
  • 6 biji cili padi kampung 
  • 1 inci belacan
  • 2 sb gula 
  • Secubit garam

Cara penyediaan
  1. Masukkan cili merah, cili padi dan belacan ke dalam lesung batu. Tumbuk kasar.
  2. Masukkan gula dan garam. Gaul sehingga sebati.
  3. Masukkan isi machang yang telah dihiris dan tumbuk serta gaul sehingga semua bahan sebati.



      10 comments:

      Diana @ Melley Mey said...

      Assalamualaikum akak..
      heehee.. sama ler ngan diana gak... sibuk bbrpa hari nie.. n malam nie pun diana teeer ambil nasi gak d sbbkan ada sambal.. hancur diet .. wah akak... sedapnya sambal nie.. makan pasti x cukup nasi semangkuk.. kena tmbh lg n lg nie.. sedaaaap

      Kak Sam said...

      d memang sangat sedap. tak sabar nak pi cari buah ni lagi.

      Deliah's Deli said...

      sedap sgt ni..klu dgn nasi panas mmg abis 2 pinggan..mmg kelaut la diet mcm diana ckp tu :))))

      tun_telani said...

      buah machang n buah kuinin tu buah yg sama ek? sbb buah kuinin pun bau harum semerbak.. kt kg depan umah ada pokok ni.. blk aritu tgh lebat berbuah. mmg puas hati laa mkn, x sempat dh wat sambal. hehe..

      Naz said...

      Kak Sam...wah jeles ni...Mana nak cari buah bacang ni??? Naz pun kalau makan nasi ada sambal belacan buah bacang ni, harus bertambah2 nasi..hheheheheee

      izahdaut said...

      woo sedapnya sambal machang... kalau kat kampug dah banyak sangat habis busuk ggur gitu je buah nikan. padahal kalau jual kanmain mahal lagi..

      Amie said...

      Assalam Kak Sam,
      mengancan sungguh sambal macang tu.... baunya sampai ke negeri di bawah bayu ni....!

      Cik Puan Izan❤ said...

      sedap sungguh nampaknya buah machang tu..rasa nak ngap2 jer..

      Ayu Safieza said...

      Kak Sam....mmm sambal ni wat ayu ingat nak balik kg ar...:)

      noorsafone said...

      wow sambal macang...sedap..