MY IKLAN

MY IKLAN

Monday, June 13, 2011

KUIH LOMPANG

Assalamualaikum.....
Syukur alhamdulillah akhirnya berjaya juga membuat sendiri kuih lompang ni. Opppssss jangan silap sebut erk lompang yea bukan lempang (kata chef hanieliza). Bila beli kuih ni selalu terfikir betapa susahnya nak buat tapi bila dah cuba alamak senangnya. Hehehe nampak benar tahu makan je. Sebenarnya kita ni penggemar kuih-muih spesis ni tapi dapat pasangan yang kurenggg jadi kena berpada-pada. Selalunya sendiri buat sendiri makan. Baru ni balik kampung jumpa mesin kukur kelapa yang macam sesuai je nak diletakkan di dapurku yang comel itu. Bila bagitahu je terus dipangkah oleh hubby dan penyokong-penyokongnya. Kesiankan. Bukannya apa tekak ni rasanya payah nak terima santan paket @ serbuk dan yang seangkatan dengannya. Kuih ni buat untuk minum petang semalam sebab masa pergi beli sayur nampak kat kedai tu ada mesin kukur kelapa terus minta kelapa parut sebiji. Ok le layan le resepi kat bawah ni. Saya buat separuh adunan je dan dapat 12 biji kuih lompang yang comel gitu.


RESEPI KUIH LOMPANG
Sumber: Chef Hanieliza

Bahan A
  • 2 cawan tepung beras
  • 1/2 sudu kecil kapur [bancuh dan tapis]
  • Kelapa muda diparut gaul dgn sikit garam
Bahan B [masak sehingga mendidih dan tapiskan]
  • 1/2 cawan gula biasa
  • 1/2 cawan gula merah
  • 4 cawan air
Cara:
  1. Bancuhkan tepung dgn air kapur yg ditapis.
  2. Tuangkan air gula yang suam dan kacau rata.
  3. Panaskan cawan kecil dalam kukusan.
  4. Tapiskan adunan kedalan teko untuk memudahkan dituangkan kedlam acuan kecil.
  5. Kukuskan kueh selama 20 minit.
  6. Sejukkan kueh.
  7. Cungkilkan perlahan dan masukkan kelapa parut .

 Alif's favourite ikan goreng berlada. 
4 ekor habis kat dia sorang je


    4 comments:

    Mas said...

    akak..nak lompang..
    sedappnya tengok...

    Kak Sam said...

    Mas..
    mai le.

    Naz said...

    Kak Sam,

    Pandang2 kuih lompang tu, terpandang pulak ikan sambal tu..Ish...godaannnn...

    Sofea said...

    rajin sam melompang...akak kdg2 beli je..hehe dasar pemalas nak buat..! ;)