MY IKLAN

MY IKLAN

Monday, June 13, 2011

Cucur Bilis Kembung

Assalamualaikum...
Jangan salah paham yea bukan ikan bilis kembung tapi cucur tu yang kembung. Kat rumah ni kalau nak buat kuih untuk minum pagi, petang atau malam kena yang spesis sebegini. Kalau spesis seperti n3 pagi tadi memang sambutannya suam-suam kuku. Pagi tadi jam 6.40 dah terima sms daripada bos. Dia ada meeting dengan pengarah jam 8.30 pagi dan minta disediakan laporan sebelum 7.45 pagi. Kelam kelibut jadinya. Dah le nak sampai ofis pun paling cepat 45 minit. Kesian kat alif dengan aqil tak dapat belaian mesra pagi ni. Sampai je ofis terus on pc yang lembab bak kura2 tu. Tok..tok..tok bos masuk bilik, apalagi rasa macam nak flying kick je pc tu. Nasib baik bos tak reti nak marah kalau tak, ada yang hilang mood nak kerja hari ni. Ok le malas nak menceceh lagi. Layan jer cucur kembung yang diambil dari MyR. 


RESEPI CUCUR BILIS KEMBUNG
Sumber: http://www.myresipi.com/top/detail/4101

Bahan-bahan ( 5 orang makan )
  • 300g tpg gandum
  • 1 biji telur
  • 1 sudu kecil yis mauripan
  • 1/2 cawan ikan bilis
  • 1 labu bwg besar
  • 2 pokok daun bawang
  • 1 1/2 cawan air
  • taugeh jika suka
  • garam secukup rasa
  • sedikit serbuk kunyit

Cara-cara
  1. Blender bilis, telur, bawang dan air bersama hingga semua hancur
  2. Gaul tpg dan yis sekejap, masukkan semua bahan dan gaul rata. Perapkan sekejap lebih kurang 30 minit
  3. Jemput2 dan goreng, cucur ni lembut dan bulat2. enak dicicah sos cili


    6 comments:

    ady said...

    as-salam
    sedapnye cucur tu..mkn dgn sambal tumis pun sedap..

    Kak Sam said...

    betul tu ady. tapi kalau tak brapa rajin tu jawabnya ngan sos je la.

    nuwairani ismail said...

    assalam kak sam...letak yis, patutla kembungnya cantik aje..bulat n licin...makan saje pon best.

    azieazah said...

    Saya selalu gak buat Cucur ni (anak-anak panggey CEKEDEK). Bubuh Mauripan tu skit, perap sejam jer. Kalu lama sangat, dia terlalu mampung, bila goreng rasa “kosong” pun tak sedap juga.

    Tapi inilah resipi paling mudah lagi enak, kan?

    Buat lak sambal kacang, perhhhh!

    Mas said...

    akak...memang cantik kembungnya cucur tu...

    saza_haiza said...

    Bestnya.Saya nk buat jg lh..