MY IKLAN

MY IKLAN

Sunday, June 19, 2011

NASI IMPIT & KUAH LODEH

Assalamualaikum.....
Kembali bersiaran setelah beberapa hari menyepikan diri. Sekarang ni rasa bateri cepat habis, kira boleh bertahan sampai hari rabu atau khamis je pastu padam terus. Apa boleh buat umur dah semakin meningkat jadi buat apa yang termampu sahaja. Sekarang ni semangat membuat muffin berkobar2. Semalam sempat pergi cari bekas muffin yang cantik2 tapi tak banyak yang berkenan di hati. Tengoklah kalau sempat cuba cari kat seberang pula. Ok le ini menu sarapan pagi tadi. Senangkan boleh bawa ke makan tengahari terus. Tapi bila dah tengahari kena juga masak nasi sebab alif taknak makan sebab banyak sayur katanya. Jadi untuk mengembalikan semula selera makan dia maka siap le ikan goreng berlada yang menjadi kegemarannya. Masa cari resepi untuk kuah lodeh aka lontong ni tertarik pada resepi INI tapi macam renyah sikit. Jadi cari yang lebih senang. Ermmm sedap dimakan bersama sambal ikan bilis.


RESEPI SAYUR LODEH
Sumber: Potret Kasih

Bahan-bahan
  • 1/2 biji kobis
  • 1 biji karot
  • 1 biji terung
  • 20 btg kacang panjang
  • 1 keping tempe ( saya guna yng packing dalam plastik ) – dipotong dan di goreng sebentar.
  • 4 biji kentang ( kopek dan dipotong kecil )  ~ saya tak letak
  • 1 paket suhun ( 50 g )
  • 1 paket tauhu kering/ fo chu ( 50 g)
  • 100 g udang basah
  • 1 1/2 kelapa parut ( ambil 2 mangkuk besar santan, santan cair dan santan pekat )
  • garam secukup rasa

Bahan kisar
  • 1 sudu besar udang kering
  • 1 labu bawang besar
  • 3 ulas bawang besar
  • 3/4 inci halia
  • 3/4 inci lengkuas
  • 1 batang serai
  • 4 biji cili merah
  • 1 inci kunyit hidup

Cara penyediaan
  1. Semua sayur2an di bersihkan dan dipotong kecil2.
  2. Tumis bahan kisar hingga wangi dan pecah minyak.
  3. Kemudian masukkan santan cair dan kentang. Masak hingga kuah mendidih dan kentang hampir empuk.
  4. Masukkan santan pekat dan sayur2 an yang lain, suhun, fo chu dan udang. Kacau selalu agar santan tidak pecah.
  5. Masak hingga sayur layu, sesuaikan rasa dan bolehlah diangkat.


    6 comments:

    Naz said...

    Kak Sam..yuhoo.. Ada lagi tak nasi impit ngan kuah lodeh tu.. Nak ar sikit.. Cam hari raya lak rasanya..

    Kak Sam said...

    Naz dah abis le. Bila nak mai penang/ Nanti kita buat spesel punya.

    Nuridah said...

    Ini yg buat kecur airliur...pantang tengok kuah lodeh ngan nasi impit...terus jadi lapar...akak sihat?

    tun_telani said...

    tun dh besar2 baru kenal lontong nih.. hehe.. kat ganu kan makan nasi himpit kuah kacang.. masa mula2 jumpa nasi himtim ngn sayur lodeh ni sgt la jakun + xleh masuk tekak. skrg dh rasa mcm sedap pulak.. hihi

    Mas said...

    akak..sedappnya tengok..'
    nak semangkuk...

    eina said...

    wahh..sedap2..nasib baik dah makan semalam...klau x mau meleleh liur...kak,terima ksh singgah dapur eina..len x singgah lagi ekk..