MY IKLAN

MY IKLAN

Wednesday, June 15, 2011

Sakit Gigi? ..... Cubalah...

Assalamualaikum.....
Demi menunaikan permintaan orang yang diserang sakit gigi maka terjadi le bubur nasi suka hati ni. Bukannya apa resepi ni memang diderhakakan daripada menu asal sebab guna stok bahan yang ada sahaja. Kalau ikutkan masa pergi shopping barang dapur kat tesco hujung minggu lepas pelbagai menu untuk juadah makan malam minggu ni telah disiapkan bahan2nya. Mula ingat nak masak bubur nasi ayam. Tapi memikirkan perlu tunggu lama untuk ayam defrost maka guna le apa yang ada kat dalam esbok. Aqil makan dengan begitu berselera sekali. 


RESEPI BUBUR NASI
Diolah dari resepi CMG

Bahan-bahan
  • 1 1/2 cawan beras
  • 6 - 7 cawan air
  • 2 sb pati ayam
  • 1/2 st garam
Bahan Sampingan
  • Ikan masin - permintaan hubby
  • Kacang goreng
  • Sambal Getuk
  • Jejari ketam
  • Hirisan daun sup/daun bawang
  • Bawang goreng
Cara Penyediaan
  1. Cuci beras dan masukkan air, daun pandan dan garam, masak dengan api besar hingga mendidih, kemudian kecilkan api dan biar merenih hingga beras kembang menjadi bubur. Jika nampak pekat sangat, tambah sedikit lagi air. Bila beras nampak elok kembang dan bubur pekat, boleh matikan api.
  2. Ceduk bubur dalam mangkuk sesuai dan hidangkan bersama bahan2 sampingan tadi, nikmatinya selagi hangat....hmmm sedapp....sesuai untuk yang demam dan kurang sihat.


    7 comments:

    tun_telani said...

    ingatkan kak sam nk kasi petua hilangkan sakit gigi.. hihi...
    arini tun pun seharian mkn bubur nasi. bkn sbb sakit gigi, sebab malas masak duk sorg2 je kt umah ;p

    aida4eva said...

    time xsakit pun aida ske mkn bubur..

    hehe :)

    http://aida4eva.blogspot.com

    Nieza said...

    sedap juga layan bubur gini...lama dh tak buat ni:)

    CT Delima said...

    As'salam Kak Sam

    bubur nasi ni kalau nak makan bukan saje masa demam , sakit gigi atau apa jer kak. bila2 pun sedap dimakan memang sesuai. kalau balik kampung kat jb ada satu gerai tu, dia jual bubur nasi ni dgn bermacam2 lauk pauknya. sangat sedapppp!

    cik cek said...

    macam janji2 je kita ni Sam...kak cek pun makan bubur nasi semlm..tapi bukan sebab sakit gigi...he he dah tinggal sensorang kat rumah...malas pulak nak masak macam2...

    azieazah said...

    Tu kalu tambah lak ikan bilis goreng, atau telur masin, atau jeruk asin... Tak payah tunggu jadi orang demam. Kita yang sihat ni pun suka.

    Cuma bubur ni makan tak muai. Lepas setengah jam, lapor balik. kan?

    Ayam Kampung untuk Orang Kampung? (macam aku)

    Kalamhati said...

    Terliur lak tengok bubur nasi tu..hehe