Assalamualaikum.....
Lama rasanya tak update blog ni. Bukannya nak bersara tapi masa tak mengizinkan. Ada juga homework yang telah disiapkan tapi tak berkesempatan untuk tunjuk kepada sifu2. Hari ni memang sibuk ya amat sebab bos cuti 2 hari jadi semua surat2 terus masuk dalam bilik untuk diminitkan kepada yang berkenaan. Masa ni le pula terima 2 surat daripada pejabat peguam yang perlu diambil tindakan segera. Terdapat juga aduan awam melalui email dan telefon yang perlu diberi maklumbalas segera. Tuntutan perjalanan bulan mei perlu diperbetulkan sebab tak ikut format baru. Hari ini juga le seorang Sales Exec datang untuk memperkenalkan produk syarikatnya. Layan je. Sehinggalah staff saya tegur "kenapa puan, muka nampak stress sangat". Tersentak seketika, terus ambil wuduk bagi mengelakkan keadaan menjadi lebih teruk. Alhamdulillah sebelum jam 5.00 petang semuanya selesai.
Jadi sebagai terapi diri, sebelum balik jengah blog sifu2 untuk cari menu hujung minggu ni. Seperti biasa Home Sweet Home wajib diterjah. Terharu dengan entry INI. Jadi dikesempatan ini saya ingin mengucapakan TAHNIAH & TERIMA KASIH KAK UMMI. Walaupun tidak pernah bersua muka namun saya amat bersyukur kerana berpeluang mengenali seorang insan yang sudi berkongsi ilmu tanpa mengharapkan sebarang balasan. Sebagai seorang wanita berkerjaya akak masih mempunyai ruang untuk berkongsi apa sahaja di blog akak. Amat saya kagumi kegigihan akak itu. Saya doakan semoga akak akan terus diberikan kesihatan yang baik dan dipermudahkan untuk terus mencurah ilmu di alam maya ini. Semoga kebahagian akan sentiasa melingkari kehidupan akak sekeluarga. Insyaallah jika dizinkan olehNya untuk saya menjejakkan kaki ke Kuantan saya nak sangat bertemu dengan Kak Ummi dan Ina. Semoga ukhwah yang terjalin ini akan berkekalan.
No comments:
Post a Comment