MY IKLAN

MY IKLAN

Monday, July 11, 2011

Berdiet punya pasal

Assalamualaikum...
Nak berdiet punya pasal sakit kepala yang dapat. Malam tadi dah sakit kepala ni menyerang ingatkan bangun pagi tadi boleh lega tapi sampai sekarang rasa macam nak pitam je. Jadi kena duduk kat ofis buat kerja diam2. Mungkin sebab tak makan malam kut. Ye la tengahari makan nasi, petang makan muffin dan malam makan buah jambu. Ok le tak larat nak berceloteh panjang2. Muffin ni buat petang semalam demi untuk menunaikan permintaan anak2 sedara sebelum mereka berangkat pulang ke ipoh. Layan je le resepi yang memang best ni.

RESEPI COKLAT CHIP MUFFIN 

Bahan-bahan ( lebih 20biji..ikut size cup )
  • 250gm tepung
  • 2 sudu teh baking powder
  • 1/2 sudu teh soda bikarbonat
  • 2 sudu besar serbuk koko
  • 175gm gula
  • 150gm coklat cip
  • 250ml susu segar
  • 90ml minyak
  • 1 biji telur A
  • 1 sudu teh esen vanilla

Cara-cara

  1. gaul semua bahan kering dalam satu mangkuk.
  2. gaul bahan basah dalam mangkuk lain n masukkan campuran bahan kering tadi. gaul rata, masukkan coklat cip, gaul lagi.
  3. letak dalam papercup, tabur coklat cip lagi jika suka (jun x isi ni). bakar selama 20min.


    5 comments:

    cik cek said...

    wah! hebat2...pening pun sempat lagi post new entry....

    Camana pening sam hari ni...hope dah beransur baik....jgn tak makan tau...hilang isu berdiet dpt penyakit la pulak....

    Kak Sam said...

    Cik cek tq. Masih boleh tahan lagi. Hehehe bila ngadap blog kurang le sikit. tak nak tensen2.

    Cik Puan Izan❤ said...

    muffin tu nampak gebu lembut jer...

    kak sam, lain kali takmau diet lebih2 tau...hehe

    Ida,Japan said...

    tu la...mmg susah kn nk b'diet..mcm2 dugaan kn k'sam...adehhhh

    azieazah said...

    Kalu malam hanya makan jambu batu, aduhhh longgar lutut dibuatnya.

    Makanlah roti, tapi sebelum kul 7 malam. Ok kot..


    Aura Seperti Ini Memang Sukar Nak Cerita...