MY IKLAN

MY IKLAN

Sunday, July 10, 2011

Terkena lagi

Assalamualaikum...
Baru sekarang sempat bersiaran. Ni pun rasanya tak boleh lama2 sebab kepala berdenyut2. Pagi tadi sempat bawa anak2 dan sepupu2 mereka ke Taman Belia untuk mandi manda. Sambil diorang mandi sakan mama sibuk skodeng dapur teman sehinggakan tak sedar ada monyet di belakang. Apalagi melompat dan terus cabut. Nasib baik monyet tu tak angkut beg kain baju yang ditinggalkan. Masa keluar rumah pagi tu lupa keluarkan ikan dan ayam dari peti ais. Disebabkan balik pun dah tengahari maka singgah kedai beli ikan kembung. Masa kat kedai tu ambil ikan 12 ekor, 2 bungkus santan, beberapa ulas bawang merah dan segenggam cili padi. Bila ditimbang dan dikira jumlah yang perlu dibayar RM14.00. Tak logik. Tanya le adik tu ikan berapa ringgit. Timbang balik harganya dalam RM6.70. Jadi saya suruh adik tu kira balik sebab macam ada yang tak kena. Santan 2 bungkus baru RM2.40 takkan bawang dengan cili padi RM4.90. Bila dikira balik jumlah hanya RM10.40. Nasib baik le mood ok hari ni kalau tak memang kena bebudak yang duduk kat kaunter tu. Menu tengahari tadi ikan goreng berlada yang menjadi kegemaran seisi keluarga dan gulai pisang. Sebenarnya pisang ni dibawa dari kg minggu lepas. Ni pertama kali buat sendiri jadi layan je la resepi ditambah tolak sikit2.


RESEPI GULAI LEMAK PISANG
Sumber: sofieza@myresipi.com

Bahan-bahan
  • Sesikat Pisang Muda
  • Santan secukupnya
  • 1 biji Cili Merah ~ dibuang biji
  • 7 biji Cili Api
  • Sedikit Ikan Bilis
  • Sedikit belacan - saya tambah
  • Sebatang serai - saya tambah
  • 1/2 inci Kunyit Hidup
  • Sebekas air bergaram ~ elak pisang menjadi hitam dan lebam
Cara-cara
  1. Siat kulit pisang. Tapi jangan sampai ke isinya. Kulit dan isinya dimasukkan ke dalam air bergaram. Biarkan terendam sementara menyediakan rencah kuah.
  2. Tumbuk cili merah dan cili api bersama sedikit garam hingga lumat. Masukkan belacan dan ikan bilis. Tumbuk sedikit. Tak perlu hancur sangat.
  3. Tuangkan santan dalam periuk. Masukkan bahan tumbuk. Masukkan juga pisang yang sudah dipotong tadi.
  4. Gulai ini mesti sentiasa dikacau dan api kecil. Takut santan pecah nanti kurang enak dimakan. Perasakan dengan garam dan bahan perasa.


    5 comments:

    Mamasya said...

    Assalammualaikum k.Sam..

    Sy suka gulai lemak pisang...sesekali dpt mkn sedapnya.
    peniaga ni kdg2 nak cepat je kira...kalau kita tak perasan untunglah mrk.

    tun_telani said...

    kak sam, tun x penah wat masak pisang jd masak lemak nii.. rasa mcm penah nmpk org letak dlm lauk, pisang muda tu, slice2 masuk ngan kulit! tp tun x penah mkn pun. hihi

    ps: moga cepat sihat ye..

    azieazah said...

    KAK SAM:
    Saya pun gemar Gulai Lemak Pisang macam tu. Nanti bila gigit rasa empuk gebu macam ubi. Aduhhhh... Lama tak buat.

    cik cek said...

    Kak cek suka menu ni....suka sgt...

    Diana @ Melley Mey said...

    Assalamualaikum akak...
    Apa khbar hari nie akak? harap sihat2 hendaknya...
    ermm.. nampak sedap ler pisang d gulai gini... diana x perna lg makan gulai pisang... Menarik...