MY IKLAN

MY IKLAN

Sunday, July 24, 2011

cempedak goreng

Assalamualaikum...
Tersangat le geramnya menengokkan pasukan sepak takraw negara main. Jadi lauk je dengan pasukan Thailand. Dapat mata pun sebab pasukan lawan buat silap. Kena banyak belajor lagi deme ni. Layan cempedak goreng ni lagi bagus. Hehehe tengok kak anymz tayang pagi tadi memang tak tahan. Kebetulan pulak hari tu hubby duk mengadu tak puas makan cempedak goreng yang dibelinya. Ye la kalau beli kat tepi jalan selalunya memang mahal. Kalau isi elok mau lebih 50 sen sebiji. Kira bernasib baik le cempedak yang dibeli isi dia tersangat le cantik dan sedap. Puas le kami berdua makan. Seperti biasa saya menggunakan bancuhan tepung yang dikongsi oleh Hasue di MyResepi. Layan je.



RESEPI CEMPEDAK GORENG
Sumber: Hasue@MyR

Bahan-bahan ( Satu family leh makan )
  • 2 Cawan tepung gandum
  • 2 sudu mkn marjerin
  • 1 sudu mkn gula
  • 1 sudu kecil garam
  • Sedikit pewarna kuning
  • 2 cawan air
  • Buah cempedak yg msk ranum
Cara-cara
  1. Satukan tepung gandum,marjerin,gula,garam di dalam bekas.
  2. Masukkan air sedikit demi sedikit sambil dkacau rata mggunakan whisk dan warnakn kuning.
  3. Leraikan isi buah terap/cempedak dan masukkan ke dalam adunan tepung..(kalau pisang hendaklah dbelah 2 atau 3(lg nipis lg sdp))
  4. Panaskan minyak di dlm kuali,sudukan buah yg sudah tersalut tepung sepenuhnya dan goreng dgn minyak yg panas sehingga sedikit keperangan.
Tips: Ketika menggoreng,JANGAN gunakan api yg terlalu perlahan kerana ia akan membuatkan kuih menyerap minyak dan pastikan minyak betul2 sdh panas sebelum menggoreng. SELAMAT MENCUBA! ;)


Baki bancuhan digunakan untuk menggoreng terung


    7 comments:

    azieazah said...

    Betul tu. Cempedak goreng ni memang kena minyak panas, sebab dia jenih jerap minyak.

    So far, sini tak nampak lagi orang jual cempedak. Belum banyak kot, sebab musim durian yang lebih.

    Nak Balik Kampung Pun Nak “Bergadoh”...?

    izahdaut said...

    kat sini ppng cemepdakk..haishh tak leh jadi ni. nak kena bau bau kat mana jual cempedak ni

    Unknown said...

    assalamualaikum...
    salam ziarah.. terima kasih singgah ke blog ayu ya..
    Ya ampun...

    ada cempedak goreng.... terus ngences ayu tau..

    heheheh

    PS: ayu minta izin boh blog kak sam dalam bloglist ayu ya..

    bintangku said...

    Salam kenal kak sam..

    Thanks sudi singgah blog saya..
    Ermm... baru pg td sarapan cempedak grg. Mkn panas2 mmg best!

    Unknown said...

    wahh tayang cempedak ni yg tk leh tahan ni...mana nk pi cari kat sini ni kak sam...sabar jer lah..hee

    roti jala kat bwh tu pun menarik la..:)

    ibundo said...

    errmm.. nak kena cari cempedaklah pulak ni sam..

    yura said...

    nk wt cempedak greng ar jp g... mkn waktu b'ke ... he2 thx antan