MY IKLAN

MY IKLAN

Wednesday, July 6, 2011

CUBAAN KE-4 : muFfin coKlat

Assalamualaikum.....
Sekarang ni sana sini sedang sibuk membuat Roti Mayonis yang nampak sangat gebusssss tu. Me??? tak tahu le tahun bila baru dapat siapkan homework tu. Demi berkongsi kemeriahan tersebut maka nak tunjuk le resepi yang sedap ini. Rasanya resepi ni dikongsi oleh insan yang sama. Buat muffin ni malam sabtu lepas untuk dibawa balik ke kg. Punya le semangat balik je dari majlis makan malam sekitar jam 12.00 malam terus godek2 bahan kat dapur dan dapat le 2 jenis muffin. Penat bersengkang mata sampai jam 2.00 pagi berbaloi sebab bila keluarkan je dari plastik semua orang macam tak percaya bahawa ada ole-ole homemade dari penang. Pastu bila dimakan masing-masing duk kata sedap terutamanya penggemar2 muffin yang tak henti2 memuji. Hehehehe sangat seronok. Kepada yang telah mencuba resepi ni mesti setuju bahawa muffin ni memang sedap dan kepada yang masih belum cuba tu baik buat cepat. Rugi tau. Ok le nak pi jumpa yani sat nak tambah lagi seorang sifu.


RESEPI MUFFIN COKLAT
Sumber: yani

Bahan-bahan ( 10 biji )
  • 200g coklat masakan
  • 70g mentega
  • 2 biji telur
  • 50g gula halus
  • 60g tepung gandum
  • 1 sudu kecil baking powder
Cara-cara
  1. Cairkan coklat. Gunakan kaedah "double boiler" .
  2. Kemudian masukkan mentega. Kacau sehingga mentega cair. Selepas tu bolehlah panaskan oven sehingga suhu 170C.
  3. Dalam mangkuk lain, masukkan telur dan gula. Kacau sampai sebati. Tak perlu penaik(kembang).
  4. Masukkan telur ke dalam mangkuk coklat. Kacau biar campuran sebati.
  5. Ayakkan tepung dan baking powder ke dalam mangkuk coklat. Gaul sehingga sebati.
  6. Isikan adunan ke dalam bekas muffin sehingga 1/2 penuh atau 60% penuh. Bakar selama 20 minit.
  7. Selepas masak tu, mungkin muffin ni lembik sikit( sebab hanya sedikit tepung yg digunakan) tapi bila dah sejuk dia akan keras dengan sendiri. Jadi kalau lepas 20 minit tu, masih lembik tak payah bakar semula. 
Nota: Saya letakkan badam cincang macam yang Cikgu Mat buat


    8 comments:

    Amie said...

    Kak Sam,
    Amie memang suka makan muffin, tapi yang beli punya & paling minat dgn blueberry muffin, sesekali nak cuba buat sendiri... so kena selalu dtg umah kakak utk tuntut ilmu memuffin ye...

    Diana @ Melley Mey said...

    Assalamualaikum akak..
    sama ler ngan diana gak akak... x tau ler bila nak buat roti mayo tu akak... tgk mmg gebu n sedap kan roti tu akak...

    ermm.. muffin tu ... memang kegemaran anak diana nie akak.. apa jer yg berasaskan choc mmg irfan suka makan...

    azieazah said...
    This comment has been removed by the author.
    azieazah said...

    Alahai bestnya KAK SAM.

    Bersungguh bersengkang mata buat, bila makan dapat pujian dan galakan lagi. Tentulah berbesar hati si tukang masak, kan?

    Belajar Gerak Hati Isteri Dulu Sebelum Ada Dua Handphone...

    izahdaut said...

    Mufin ni mmg best ever..

    ady said...

    as-salam
    anak2 sukalah muffin coklat ni...

    Ida,Japan said...

    muffin yg sedap...elok jer kejadiannya k'sam

    Ayu Safieza @ Humaira' said...

    Kak Saaaaaaaaaaaaam....practice make perfect.Miss ya..:)