Assalamualaikum....
Seronokkan kalau dapat selalu dengar ungkapan di atas. Rasa penat menyediakan hidangan terus hilang. Keinginan untuk menyediakan menu ni timbul masa berkunjung ke dapur seorang teman semalam. Tambahan pula stok beras basmathi masih ada di dapur jadi rasanya sesuai le kalau digunakan. Sebenarnya kat rumah ni bukannya makan beras ni sangat tapi masa balik kg bulan lepas ada projek nasi beriani di kg. bahagia. Masa nak balik MIL suruh bawa sekali baki beras yang ada. Memang payah le nak habis sebab sekali masak pun guna 2 cawan je. Pasangannya pula nanti saya tunjukkan sebab tak boleh lelama depan lappy ni nak kemas rumah. Petang esok ada tetamu nak bertandang. Terima kasih kepada dalinnasue kerana kongsi resepi yang sedap ni.
RESEPI NASI CARROT
Sumber: dalinnasue@myresipi.com
RESEPI NASI CARROT
Sumber: dalinnasue@myresipi.com
Bahan-bahan ( 6~8 orang )
Bahan A - dikisar
Nota tambahan: Saya tukar santan kepada susu cair dan semua bahan dikisar sebab senang anak2 nak makan.
- 10 biji cili hijau
- 1 sd besar lada putih
- 1 sd besar jintan manis
- 5 ulas bawang putih
- Buah pelaga, Bunga lawang
- Bunga cengkih, Kulit kayu manis
- 4 cawan beras (cuci & toskan)
- 600 gm carrot (di parut)
- ½ ekor ayam (potong kecil)
- 300 gm tomato (potong dadu & campurkan gula batu sedikit)
- 3 biji bawang besar (di hiris)
- 4 sd besar minyak sapi
- 3 cawan air rebusan ayam
- 1 cawan santan
- garam
- daun pandan
- Gaulkan carrot bersama beras.
- Rebus ayam bersama 3 cawan air.
- Panaskan minyak sapi, tumis bawang besar hingga kekuningan. Masukkan bahan penumis, bahan A, garam, dan biarkan hingga naik bau.
- Masukkan stok ayam ngan ayam skali la, santan, tomato dan beras yg digaul bersama carrot. Kacau sebentar. Tutup periuk dan biarkan nasi masak.
Nota tambahan: Saya tukar santan kepada susu cair dan semua bahan dikisar sebab senang anak2 nak makan.
12 comments:
tumpang makan sini yekk! boleh kan yang!! (wink2*) hihi
'dia' hanya tahu kata 'sedap'.... tak tahu nak kata 'terima kasih', agaknya bagi sesetengah orang lain....makan, tak perlu kata apa-apa (ikut lagu senyum).. heh eheheh
wahh... suke! suke!! hihi...
mmg bila yg di hidang tu ckp sedap, mmg hilang segala penat =)
sll gak tgk blogger msk nasi ni tp blm pnh cuba..nampak sedap kak..klu sy msk ni tentu dpt ungkapan kat atas tu kan..:))
mokwo..
silakan jangan segan2 yea.
Amie...
hehehe nasib badan le.
tun..
betul le sangat tu
Del..
kalau anda yang masak mesti lagi sedap.
Hilang penat bila masakan kita dipuji sedap....berbaloi2 rasanya memasak hari tu kan...
Cik cek...
sangat setuju.
Saya pernah makan Nasi Carrot gitu kat kenduri nikah. Memang sedap. Lawan dengan Ayam Masak Merah! perhhhhhh....!
Mereka yang Kukenali (8): NIDA di Bumi Albany...
Assalamualaikum kzai..
nasi gini mmg diana suka makan.. mmg sedap
Post a Comment