MY IKLAN

MY IKLAN

Saturday, July 23, 2011

Macam Tak Percaya

Assalamualaikum...
Kali ni nak antor homework yang Cik Hasue: i love my life kasi. Sebenarnya buat hari ahad lepas tapi entah macam mana lupa nak letak kat sini. Ampun yea hasue, jangan marah. Alasan: Ermm minggu yang sangat sibuk, sangat penat dan sangat tensen... ok tak? Apapun terima kasih bebanyak sebab sanggup bersusah payah menyediakan step by step. Memang sangat2 le membantu golongan2 yang sedang belajar membuat kek ini. Tapi jangan tak percaya yea lepas je member2 sepejabat makan kek yang dibawa ni terus diorang kata "Bulan posa nanti minta JJ buat kelas kek le. Kek yang dia buat sedap2 je". Huahhhhhh rasa nak pengsan masa tu. hehehehe kalau le jadi kenyataan nampaknya kena pinjam tangan hasue kut barang sehari. Boleh tak? Lagi 1 yang bestnya masa nak buat kek ni duk terbayangkan kek kak nor yang kaler biru tu jadi dengan rasa tak syak lagi terus tuang kaler merah. Tapi hasilnya memang tak dapat le nak lawan sifu saya tu. Apa pun saya sangat berpuas hati dengan kek ini. Rasanya amat sesuai dengan tekak saya tak perlu tambah atau kurangkan apa2 pun. Sebabkan homework ni dah disiapkan maka nak jugak tempek resepi kat sini. Takpe kan hasue. Kalau nak tengok step by step silan klik SINI.

RESEPI LIGHT CHEESE CAKE
Resepi:HaSue@sue-hasue.blogspot.com

Bahan-bahan
  • 125g cream cheese
  • 300 ml susu segar
  • 80 g mentega atau marjerin
  • 80 g tepung gandum
  • 80 gram gula halus
  • 3 biji telur saiz A
  • beberapa titik esen vanila/jus lemon

Cara-cara
  1. Masukkan susu segar dalam periuk. Masukkan cream cheese sehingga cair sambil sentiasa dikacau menggunakan hand whisk. Masukkan pula mentega/marjerin,kacau lagi sehingga cair,padamkan api dan ketepikan.
  2. Asingkan putih telur dan kuning telur, pukul putih telur bersama gula halus sehingga menjadi meringue. -meringue ialah adunan putih telur dan gula betul2 ringan (ia tidak tumpah apabila mangkuk cuba diterbalikkan)
  3. Di dalam bekas lain yang lebih besar,pukul kuning telur hingga kembang dan masukkan adunan cheese tadi, kacau seketika..ayakkan tepung sedikit demi sedikit dan pukul lagi, pastikan adunan tidak berketul -kacau menggunakan hand whisk dengan perlahan
  4. Akhir sekali campurkan merigue ke dalam adunan tadi dan berberapa titik esen vanila, gunakan cara kaup balik supaya adunan rata(boleh juga menggunakan hand whisk tapi gaul dengan perlahan2)..
  5. Glis acuan kek dengan marjerin dan alaskan dengan kertas. Masukkan adunan kek di dalam acuan. Pastikan oven sudah dipanaskan sebelum membakar kek
  6. Bakar pada suhu 160 darjah selama 45 minit (atau sehingga masak) menggunakan kaedah bain marie(loyang kek diletakkan di atas loyang yang berisi air panas ketika dibakar)
  7. Hias ikut kreativiti sendiri atau dimakan begitu sahaja.



    6 comments:

    Deliah's Deli said...

    lapar tgk kek yg mnawan ni..bl la sy nk cuba resepi hasue tu. :(

    Sue @ Nenie said...

    Wahhh..siap ada taburan badam lagiiii

    Kalamhati said...

    sedapnyeee..lapo trus..hehe

    Amie said...

    nampak sedap & gebuuuuu....dapat sepotong pun jadilah....minum dgn teh 'o' panas petang nanti...

    Kak Nik Ja said...

    belang2 tuh dah comeii dah..meh nak try ngap skit!

    Nuwairani said...

    ini feveret saya! dulu selalu aje beli di midvalley