MY IKLAN

MY IKLAN

Friday, July 22, 2011

Terpaksa dibatalkan....

Assalamualaikum....
Jangan tertipu yea ini bukan n3 dari langkawi. Hasrat untuk menghadiri kursus disana terpaksa dibatalkan sebab baba dengan alif tak sihat. Hari ini pun ambil EL sebab bawa alif pergi klinik. Risau juga kalau ditangguh takut jadi macam yang sebelum ni, sakit makin melarat dan akhirnya berkampung di hospital. Semoga insan2 kesayangan saya ini akan cepat sembuh dan jika diizinkan olehNya insyaallah tanah langkawi akan dijejaki juga suatu hari nanti.
Berbalik pada tujuan asal buat n3 kali ini adalah untuk berkongsi resepi yang saya cuba pada hari ini. Mula terpikat masa DJ tayang minggu lepas. Memang terpanggil2 je untuk siapkan homework yang ini dengan segera. Alhamdulillah hasilnya amat memuaskan dan yang paling penting baba makan dengan berselera sekali. Saya memang ikut sebiji2 sukatan yang DJ nyatakan. Air asam pun sama jugak. Manakala untuk sayur saya buat acar yang sangat ringkas. Kalau nak cuba boleh le ke SINI.


RESEPI NASI DAGING
Sumber: DayangJack@DapurKu SaYang

bahan-bahan : 4 orang makan

bahan A :
  • 3 pot kecil beras Basmathi (direndam 3 jam)
  • 250 g daging batang pinang (dihiris nipis atau dipotong kiub)
  • 2 sudu makan serbuk rempah kurma (dibancuh dengan sedikit air)
  • 2 helai daun pandan
  • 80 ml susu cair
  • 1 sudu makan puri tomato
  • 2 helai daun limau purut
  • garam secukupnya
  • 1 sudu kecil gula
  • 1 sudu besar minyak sapi

bahan B :
  • 5 biji bawang merah (dikisar)
  • 3 ulas bawang putih (dikisar)
  • 1/2 inci halia (dikisar)
  • 1 sudu kecil jintan manis
  • rempah 4 sekawan (kulit kayu manis, buah pelaga, cengkih dan bunga lawang)
  • 1 batang serai (diketuk)

Cara-cara :
  1. Panaskan minyak sapi di dalam periuk. Tumiskan bahan-bahan B hingga wangi.
  2. Masukkan pes kurma dan puri tomato. Tumis lagi hingga garing dan pecah minyak.
  3. Kemudian masukkan daging, daun pandan, garam dan gula. Kacau rata-rata.
  4. Masukkan air secukupnya dan masak hingga daging empuk (pastikan air rebusan daging sama dengan sukatan beras Basmathi...agak-agaklah yer)
  5. Masukkan beras. Perlahankan api. Masak hingga nasi hampir kering. (boleh juga dimasak dengan menggunakan rice cooker selepas menumis bahan)
  6. Tuangkan susu cair dan daun limau purut. Kacau perlahan-perlahan hingga rata dan sebati. Biarkan nasi masak sempurna.
  7. Taburkan bawang goreng dan sedikit daun hirisan daun ketumbar pada nasi dan hidangkan bersama air asam serta lauk berkuah jika suka.

RESEPI AIR ASAM

bahan-bahan : 4 orang makan
  • 2 biji bawang merah (dihiris)
  • 1/2 labu bawang besar (dihiris)
  • 1 biji tomato (dihiris dadu)
  • 8-10 biji cili padi (dihiris)
  • 2 biji cili merah (dihiris)
  • 1 cawan air asam jawa (-/+)
  • sedikit serbuk belacan atau belacan bakar
  • sedikit garam, gula dan jus limau nipis/kasturi

Cara-cara :
  • satukan semua bahan dan kacau sebati. Hidangkan bersama nasi daging.




    10 comments:

    Nuwairani said...

    eh eh! air asam tu!!!! kalau ada ikan bakar, ayam bakar pastu cicah, sedapnye!!! adus....berair-air dh mulut...

    azieazah said...

    Agaknya air asam tu untuk cecah daging tu ya? Wow hebat resepi ni. Saya tak pernah makan pun lagi... > ayat orang mengendeng sekawah. hahahaha

    Apalah Maknanya..

    Kak Sam said...

    Nur.. betul tu. yang bestnya masa terkunyahkan cili padi tu perghhh berasap

    Kak Sam said...

    AA...
    Yap. betul sangat tu. Alamak sekawah? nanti erk.

    Zalieda Zaliedana said...

    Assalam kak,resepi nih lain cikit ya,da letak daun limau juga,mesti harum ajer..Selalunya kat kg sy wat nasi daging nih,time pas raya aji,coz daging tgh byk,hehe..

    Kak Sam said...

    Zaliedana..
    WOW tak tido lagi?. Akak ikut je apa yang DJ tulis. 1st time buat.

    Sheery Dream Cakes said...

    Assalamualaikum sam...
    akak x perna cuba lg resipi nasi daging nie... nampak mmg sedap... tgk ada air asam n acar tu ha'... meleleh air liur d buatnya tau

    Unknown said...

    assalam kak sam, sedapnya! nieza suka nasi daging ni...memang best kalau pekena ngan air asam ni.

    tun_telani said...

    tun xmakan daging, so xleh nk komen laa. hehe..

    moga2 alif cepat sembuh. buat hasben akak juga.

    Amie said...

    Assalamualaikum Kak Sam,
    harap Alif & ayahnya akan segera sembuh,

    air asam tu memang 'menghidupkan' nasi daging, pernah buat nasi daging sekali.... lama dah, tapi dah tak berapa ingat resepinya,
    rasa macam nak buat ni...