MY IKLAN

MY IKLAN

Thursday, July 21, 2011

Memang Terbaikkkkkk.....

Assalamualaikum...
Tak tahu le malam tadi apa masalahnya teringin sangat nak makan mapin. Malangnya susu segar takde stok. Apalagi geledah le dapur Pn Izah kita tu. Cari punya cari tengok resepi ni yang tak perlukan susu. Tambahan pula ada stok yogurt dalam esbok jadi apalagi operasi diteruskan. Punya le senang nak menggodeknya. Kejap jer dah masuk dalam oven. Saya letak bluebery filling. Tekstur dia sangat lembut dan rasanya sangat sedappppp. Betulll tak tipu punya. Kepada penggemar2 muffin rugi tau kalau tak cuba resepi ni.


RESEPI MUFFIN YOGURT
recipe: precious moments
terjemahan: izahdaut

Bahan2 - menghasilkan 10 biji muffin ~ saya dapat 8 biji
  • 120 gm tepung
  • 70 gm gula kastor
  • 1 tsp baking soda
  • 1/4 tsp garam
  • 150 gm plain yoghurt @ yogurt berperisa
  • 1 biji telur
  • 50 gm minyak sayuran
  • 1 tsp vanilla essence 
  •  Filling pilihan mengikut selera masing2: coklat chip, kismis, oreo, filling coklat, blueberry, strawberry

Caranya:
  1. Panaskan oven ke 180 C.
  2. Campurkan sebati semua bahan kering dalam mangkuk besar. Ketepikan.
  3. Sebatikan pula semua bahan basah kecuali filling.
  4. Tuangkan bahan basah ke dalam bahan kering. Kacau perlahan-lahan. Masukkan coklat chip atau pilihan masing2. Kacau perlahan sekadar bahan bersatu. Jangan overbeat nanti muffin keras.
  5. Ceduk ke dalam muffin cup 1/2 ke 3/4 penuh. Bakar selama 20-25 minit bergantung pada oven masing2.
Yang ni takde filling. Dibuat khas untuk aqil.

Nota: Jika mahu intikan muffin dengan filling kesukaan, cedukkan setengah adunan, masukkan filling dan tutup semula dengan adunan muffin 3/4 penuh cup. Muffin jenis ni , masa menggaulkan bahan2 tu pun, adunan dah menggebu sebab yogurt ngan soda tu bersatu. Jadi jangan terlebih gaul untuk mengekalkan kelembutan dan kegebuan muffin.


    9 comments:

    tun_telani said...

    wahh.. rajinnyer kak sam.. mmg nmpk sgt sedap mapin tu..
    ps: tun pun jarang ada fresh milk kt umah, x suka minum susu plain. so, tun mmg ada byk stok susu sejat utk wat kuih. bila resepi guna fresh milk, tun akan guna 3/4 susu sejat + 1/4 air =)

    izahdaut said...

    lawo mapin cup kak sam!!! yehaa da buat homework dah. lulus. hehee... saya suke je plain atau inti. sedap dikunyah suam2

    Sue @ Nenie said...

    Salam Kak Sam..ohh oh oh...saya baru je berkira2 camne nak abiskan yogurt aprikot saya tu...Kes tersalah belilah ni, nak beli plain tercapai pula yang aprikot...Bolehlah cuba mapin ni...

    Kalamhati said...

    waaahh..mesti cuba ni..sedap je nmpak kak..=)

    Nadz Nazharzan said...

    Kak Sam... Rajinnya buat homework.. Boleh kongsi tak hasil homework tu..hehehe..

    Yana Shaiful said...

    Salam kenal Kak Sam..

    sedapnya mapin tuu..yana suka mkn mapin tapi nk bt yg males skit..asyik xjd jee hehee

    Unknown said...

    tahniah kak sam h/work menjadi tu seronok kan...cantik cup mafin tu beli mana?kalau kat sg.ara nieza suka pi kedai JC tu...byk jual brng baking.

    azieazah said...

    Agaknya kalu saya ada kat dapur tu, ralit menopang dagu tengok dari mula sampai habis bakar....

    Pastu buat buat muka kesian, nak jadi tukang rasa! hahahaha

    Mas said...

    nak mapin.....nak mapin gebu tu....