MY IKLAN

MY IKLAN

Wednesday, July 27, 2011

N3 Label Baru Lagi

Assalamualaikum...
Sebenarnya terdapat beberapa homework yang telah disiapkan tapi malas pula rasanya nak tunjuk kat cikgu2. Takpe le nanti kalau rasa nak tunjuk kita tempek kat sini. Perasan tak semenjak semalam tambah lagi satu label iaitu akT. jab. tak perasan pun takpe. Bukannya apa saja nak mempelbagaikan lagi cerita2 @myhomework ni jadi tak le bosan sangatkan. Label baru ini adalah berkisar kepada aktiviti-aktiviti yang berlangsung di jabatan kita. Berbalik pada n3 kali ini kita nak kongsikan aktiviti hari ini di mana kumpulan kita telah terpilih untuk mewakili jabatan ke Konvensyen Kumpulan Inovatif & Kreatif Peringkat Negeri Pulau Pinang Tahun 2011. Sebanyak 16 kumpulan telah menyertai konvensyen ini. Dua kategori telah dipertandingkan iaitu teknikal dan pengurusan. Diantara jabatan yang turut serta adalah Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri, Kastam, Bomba, Polis Marin, Jabatan Veterinar, Jabatan Kimia, Hospital Kepala Batas dan banyak lagi. Setiap kumpulan mempunyai nama yang agak unik antaranya avatar, fantastic 4, sauh, wazien, aurora, sauh, petanda dan macam-macam lagi. Ok le layan je gamabar2 kat bawah ni. hehehe gambar memang tak cantik sebab jurugambar buta kamera.

Upacara Perasmian
ERA
SAUH
 
AVATAR
THE MARINERS
PIRAMID
FANTASTIC 4
WAZIEN
AURORA
Detik-detik yang mendebarkan
dan hasilnya
-
-
-
-
-
-
-


Keputusan keseluruhan

Kategori Teknikal
Johan: The Mariners
Naib Johan: Aurora
Ketiga: Wazien

Kategori Pengurusan
Johan: Visa
Naib Johan: Piramid
Ketiga: GP Dad

@@@TAHNIAH KEPADA SEMUA@@@


    2 comments:

    Amie said...

    Assalamualaikum,
    Kak Sam masuk kumpulan mana?

    Kak Sam said...

    Amie,
    kita kumpulan aurora. hehehe yang tudung merah tu