MY IKLAN

MY IKLAN

Tuesday, July 19, 2011

Panaskan?

Assalamualaikum... 
Panas sungguh cuaca hari ni sampaikan nak keluar pergi lunch pun malas. Daripada tak buat apa2 baik pergi skodeng dapur teman. Perggghhhh macam2 ada. Kiranya dari mata turun ke perut. Boleh ke macam gitu. Sambil2 tu duk cari resepi2 yang sesuai untuk dimasak sebelum ke Langkawi pada hujung minggu ini. Kursus dari hari jumaat sampai ahad. Malam tadi baba dah buat statement dengan anak2 "apa le kita nak makan hujung minggu ni?". Kita yang mendengar ni pun rasa bersalah le pula. Insyaallah cuba le masak makanan yang tahan lama dan boleh disimpan . Ok le berbalik kepada resepi kali ni saja nak kongsi resepi dadih yang diadaptasi dari myresepi. Bukannya apa aqil suka makan benda2 macam gini, jadi kita pun belajar mempelbagaikan resepi puding aka agar2. Bila dah buat baru tahu tak susah mana pun nak buat dadih ni. Patut le banyak dijual. Pasni nak cuba buat perasa milo pulak.



RESEPI DADIH STRAWBERY
Resepi asal di SINI
Sumber: KakSam@MyHomework

Bahan-bahan ( 3 cup )
  • 200 ml air
  • 200 ml susu perasa strawbery
  • 1 1/2 sb gula
  • 1sk serbuk agar2sedikit garam
Cara-cara
  1. Masak air dgn gula sampai gula hancur.
  2. Masukkan susu, serbuk agar2 dan secubit garam. panaskan sehingga mendidih dan kacau hingga sebati.
  3. Tutup api dan tapiskan ke dalam bekas2 kecil.Simpan di dalam peti ais sehingga dadih menjadi pepejal.












    9 comments:

    anymz said...

    eh akak kan,kalau nak tinggalkan anak2 dua tiga hari selalu akak masak siap2 dan letak dlm freezer..diorang tinggal panaskan aje dlm microwave.senang gitu..diorang tak perlu keluar rumah nak cari makanan..

    meh dadih tu nak rasa.hehe

    tun_telani said...

    tun biasa wat dadih guna yg instant tu ^^
    ps: biasa kalau tun kene balik uni jumpa supervisor, tun masak byk2 lauk, pastu frozen kan.. hihi.. nnti hasben tu masuk microwave je bila dia nk makan =)

    tun_telani said...

    eh.. tun br siap send komen, tgk2 kak anim yg kasi komen yg sama ;)

    inahar ali said...

    salam sam..thnx mai dapur akak! dadih cenggini mmg feveret anak2..leh cikun 2 bekas..hehe!

    Kalamhati said...

    sy selalu beli yg dh packed tu..kena cuba buat sendiri ni..tq kak!

    Nuwairani said...

    kak sam...kalau lauk yg takde santan, tahan aje tu untuk 2,3 hari..kesian pulak budak2 tu kene tingal...takpe, belajar berdikari...dadih ni antara feveret dessert saya..makan hari2 pon takpe!

    azieazah said...

    Betul. Masa tak tau dulu, rasa susah jer nak buat. Tapi bila dah tahu buat, kacang jerrr!

    Saya sejak dah tahu, hampir tiap bulan buat. Bukan sepaket, sekali buat sampai 2 paket lain perisa. Tambah Nata de Coco ikut kehendak anak-anak. Boh dlm peti beku, biar keras dan makan macam eskrim. Tu style kami. Sampai gigil tekak. heheheeh tapi best!

    Sebal: Bahasa Indahnya ialah Kesal...!

    kasihredha said...

    akak biasanya beli je
    nanti boleh try

    Lieza said...

    kabare sam...rupanya die muda dari kita hehehehe....dah letak k.sam dgn kita2 dok panggil k.sam...hehehe..dah lama akak tak makan dadih nih...fuhhh....sedap ni membelai tekak dikala panas2 nih...

    Sam..akak tak baca lagi ler aku bukan billy tu...best tak sam?