MY IKLAN

MY IKLAN

Saturday, July 23, 2011

Rugi la puan...

Assalamualaikum...
Sebenarnya tadi hampir terlena ketika menidurkan si aqil. Tiba2 telefon berbunyi minta dijawab dan nombor yang terpapar diskrin tidak dikenali. Setelah pembuka bicara dimula kedengaran si pemanggil  memperkenalkan diri dan perbualan pun diteruskan.

Pemanggil: 
Assalamualaikum puan, tengah buat apa?

Saya: 
Tengah tidurkan anak

Pemanggil: 
Puan bawak anak sekali ke?

Saya: 
Eh bawa ke mana?

Pemanggil: 
Bukan puan ada di langkawi ke? Tadi saya nampak geng2 perempuan spu. Ingatkan puan ada sekali.

Saya: 
Oooo saya tak jadi pergi. Suami dan anak tak berapa sihat.

Pemanggil: 
Rugi le puan.

Saya: 
Tak pe le takde rezeki. Panjang umur insyaallah lain kali boleh pergi.

Pemanggil: 
Tak pe le puan, ingatkan puan ada kat sini. Maaf le ganggu puan.
Saya: Tak pe. Assalamualaikum.

Pemanggil tersebut adalah merupakan kenalan baru yang datang menemui saya pada hari isnin lepas bagi mendapatkan nasihat teknikal berkaitan dengan projek yang diselianya. Selepas itu terdetik di hati perlukah saya merasa rugi kerana tidak dapat menyertai kursus yang dijalankan di 1 lokasi yang 'strategik'. Jawapannya TIDAK SAMA SEKALI kerana FAMILY IS NO 1. Lagipun ini semua adalah ketentuan Nya, mungkin ada hikmah disebalik kejadian ini. Memang le kalau ikutkan dah lama saya menyimpan hasrat untuk ke Langkawi. Kalau tak silap pun kali terakhir ke sana pada tahun 2006 itupun atas urusan kerja. Saya yakin jika diizinkan olehNya pasti 1 hari akan dapat juga saya ke sana bersama keluarga tercinta.


    6 comments:

    Nuwairani said...

    betol tu kak sam...family is no 1. alahai...kalau ada rezeki, boleh lagi bercuti ke sana...tak perlu nak tunggu berkursus...kalau berkursus tapi kite kt sana duk teringat anak sakit pon rasa tak tenang jugak kan? kak sam dh buat keputusan terbaik untuk diri sendiri dan family...

    Kak Sam said...

    Nuwairani...
    tq...Rasa puas sangat sebab dapat buat apa yang sepatutnya dengan diorang.

    ma'chiks said...

    salam, betul tu, family is always our no 1.takde galang ganti..ke mana pun, apa pun jika diizinkan Allahswt,insyaAllah...

    Puan Ros @ Sinaranmenu.blogspot said...

    Salam,Kak sam percaya tak,kita belum pernah ke Langkawi!

    Amie said...

    keputusan yang bijak, utamakan keluarga...

    kasihredha said...

    setuju
    family is always no 1