MY IKLAN

MY IKLAN

Friday, July 8, 2011

Sangat Senang!

Assalamualaikum...
Senang dimasak sedap dimakan bersama sos cili (maaf lupa nak tayang sosnya sekali). Terima kasih kepada Cikgu Mat sebab sudi kongsi resepi yang senang2 cam gini. Minta izin yea CnP kat sini.


RESEPI CRABSTICK IN PUFF PASTRY
Sumber: DTS

BAHAN-BAHANNYA :-)
  • 1(10 keping) pack puff pastry jenama "KAWAN" saiz 4 inci x 4 inci
  • 10 batang crab stik
  • 1 kuning telur, dipukul sedikit
  • Serbuk lada hitam berperisa "aji-shio"~ saya tak letak
  • Sos pencicah kegemaran anda

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Ambil sekeping puff pastry, kerat 2 dan biar satu bahagian besar sedikit. Kemudian kelar menyerong bahagian tengah puff pastry yang saiz besar sedikit tadi (seperti dalam gambar).
  2. Crab stick tadi dibuang salutnya, letakkan pada bahagian puff pastry yang kosong. Tutup crab stick tadi dengan puff pastry yang telah dikelar2 tadi, tekan2 sedikit dan tekan kelilingnya dengan hujung garfu, seperti dalam gambar. Berhati2 alih ke dalam loyang pembakar yang telah disapu sedikit mentega. Buat hingga siap.
  3. Sapu kuning telur dan tabur sedikit serbuk lada hitam berperisa tadi. Bakar pada suhu 190C selama 25 minit atau kuning keemasan. Jika oven anda ada sistem hot fan, hidupkan. Sejukkan atas jaringan sebelum dihidang bersama sos kegemaran anda..


    11 comments:

    Nieza said...

    sedapnya puff tu kak....kat sini tak dapatlah nk beli yg segera tu coz tak halal.

    Deliah's Deli said...

    laju kak hr ni..senangkan eh ada 'kawan' :)

    Diana @ Melley Mey said...

    Assalamualaikum akak..
    sedap nie akak.. suka makan tp x buat sendiri ler.. hehhehe.. nanti nak cari gak ler kawan nie.. :)

    tun_telani said...

    kat sini xde puff pastry ni. biasanya tun guna roti paratha instant tu ganti puff pastry. hihi

    nuwairani ismail said...

    dari dulu sampai sekarang tak pernah2 jumpa puff pastry usahkan jenama kawan, friend ke, sahabat ke, semua takde...payah betol nk cari bahan makanan di sandakan ni...teringin sgt nk buat mcm yg kakak2 ni buat...

    cik cek said...

    Sam....

    senang dan cepat dimasak...sedap pulak dimakan...best kan...tak yah susah2 nak p beli kat bakery...buat kat dapo sendiri...puas hati...:)

    Kak Sam said...

    Nieza..
    Buat sendiri boleh kut. Hehehehe tapi akak tak pernah plak try

    Kak Sam said...

    Del...
    laju gitu sebab ada yg segera

    Kak Sam said...

    Diana...
    dulu kita tak tahu pun pasal benda ni. Masa mula2 cari hari tu memang tawaf le kat dalam giant tu

    Kak Sam said...

    Tun & nani...
    Nak ke? boleh kita kurier ke sana. kasi add erk

    Kak Sam said...

    Cik..
    Sejak berguru ni jarang2 ke bakery. Hehehe