MY IKLAN

MY IKLAN

Saturday, July 9, 2011

Jangan Terpedaya

Assalamualaikum...
Pagi ni makan nasi lemak yang dimasak secara campak2, jadi tak payah le tunjuk kat sini. N3 kali ni nak cerita sikit pasal pengalaman minggu lepas. Sebenar lepas je kejadian tu terus nak post kat sini tapi tak berkesempatan. Lagipun masa tu hati membara panas jadi tunggu sejuk dulu. Alkisahnya begini disebabkan kelengkapan pembersihan muka ada yang dah habis jadi putuskan untuk cuba produk pemebersihan muka jenama baru pula. Setelah mengambil kira beberapa faktor maka putuskan untuk guna jenama yang memang tengah hangat di pasaran sekarang ni. Bukannya apa sepertimana yang dimaklumkan bahawa produk ini disahkan halal. Disamping itu juga kira nak bagi sokongan pada saudara seagama. 

Kejadian 1 bertempat di Bukit Jambul: 
Di rak pameran tiada sebarang promosi yang ditunjukkan. Maka bertanya le saya kepada juruwang.

Saya: Adik tak de offer ke untuk jenama ni?
Juruwang: Ada, belian pertama less 10%, belian kedua less 20%.

2 produk diambil dan terus menuju ke kaunter. Semasa produk tersebut di scan saya dapati harga yang terpapar di skrin adalah harga asal.

Saya: adik ada less ke tak ni?
Juruwang: Sekejap yea kak.

Selepas beberapa ketika juruwang tersebut kembali ke kaunter bersama seorang lelaki (mungkin penyelianya).

Lelaki: Kak yang ni ada less dan yang ini tiada.
Saya: Tadi adik ni cakap ada.
Juruwang: Maaf kak saya tersilap.
Saya: Kalau macam tu tak pe le dik. Terima kasih.

Maka saya pun berlalu pergi dengan perasaan yang tersangat geram.


Kejadian 2 bertempat di KOMTAR
Masuk sahaja di kedai tersebut terdapat promosi pada jenama yang saya inginkan. Saya mengambil 4 produk penjagaan muka dan terus menuju ke kaunter pembayaran. Seperti pada kejadian 1 didapati harga yang terpapar di skrin adalah harga yang sama seperti di rak.

Saya: Dik bukan ada less 10% ke?
Juruwang: Dah less siap2 dalam sistem.

Saya pun membuat bayaran. Setelah resit diterima saya dapati tiada sebarang diskaun tertulis. Apalagi angin 1 badan.

Saya: Dik tak de diskaun pun.
Juruwang: Sistem dah tolak siap2.
Saya: Dik tengok ni harga dalam resit sama dengan yang kat rak. Mana diskaunnya.
Juruwang: Dah kak. Dalam sistem.
Saya: Tak pe. Akak nak batalkan pembelian.

Terus juruwang memanggil penyelia dan memaklumkan untuk membuat pembatalan.

Penyelia: Kenapa kak?
Saya: Kat rak tulis ada diskaun tapi bila bayar tak de pun.
Penyelia: Diskaun tu untuk alat solek je kak.
Saya: Adik baca betul2. Diskaun 10% ke atas semua produk, So?
Penyelia: Sekejap yea kak saya semak.

Setelah menunggu hampir 20 minit penyelia tersebut memaklumkan bahawa saya akan diberikan 10% diskaun untuk semua produk yang dibeli. Beliau juga memohon maaf di atas kesilapan tersebut. Saya juga diberi "free gift". (hehehe nak ambil hati le tuuu)

Kesimpulannya jangan mudah terpedaya dan gunakan hak kita sebaik-baiknya. n3 ini bukan untuk memburukkan sesiapa tapi sekadar ingatan bersama.


Selingan
Any comment?


    12 comments:

    HaSue said...

    Yang kes pertama tu akak jd beli tak?

    sy mmg selaluuu terkena gini kak..kalo ikutkn hati mmg nk btlkn pembelian cam akak tu tp suami selalu kate,ala takpe tu..nak buat camner..ehh..geram jugak laa ngan suami skali.haha..tp malas nak panjang2..kalo ada S.A kat situ sng nak tanya terus..nih takde.

    kdg2 diorg buh dekat2 jer tanda diskaun..kite terambik yg xde diskaun x pasal2 TER beli yg NETT.huhu

    tp sy pernah skali batalkan pembelian..masa tu soping ngan anak2 je..ltk harga situ rm4.99 after less..bila dah bayar rm12..apa kes jauh ke beno..huhu..dah tu dia kata tag harga tu utk brg sebelah..rak tu duk dkt2 je..padahal yg sebelah tu xde tag langsung.geram aii..ahak

    Chekgu Azrine said...

    suka2 jek nak tipu kita!!

    tun_telani said...

    tun selalu kena time beli compact powder!! mmg geram! pastu cashier tu wat selamba mcm kita pulak yg x tgk betol2. padahal dieorg jd letak info kasi confuse =(

    yg last tu pesal harga display lain, harga diskaun lain? nmpk ngan harga dia mmg murah, saje letak harga mahal kt display.

    Sheery Dream Cakes said...

    Assalamualaikum akak...
    ermmm.. mmg banyak kes2 gini kan akak.. sekiranya kita x peka kat semua tu.. mmg akan tertipu ler jwbnya kan akak.. mmg sedih ngan kejadian mcm nie..

    azieazah said...

    Sekali fikir, memang nampak macam sengaja jer kan? Kalu kita tak semak semula, pegi macam tu saja. Dah kena tipu.

    Guna hak kita sebaiknya. Tahniah!


    Sembilan Haribulan Julai: Rupanya Aku yang Terkulai...!

    LiNa_Pg said...

    kalau saya yang membeli mesti tak perasan,dah amek brg dpt resit main blah je..blik umah br nak belek2..abes la..nx time kena hati2 lah..BJ tuh tempat sy gak tuh hehehe..Watson ke?

    Kak Sam said...

    Hasue...
    Akak beli barang yang pertama je yang kedua tu tak ambil.

    Kak Sam said...

    Azrine...
    Itu le taktik yang digunakan untuk kaut untung lebih. Suka kelirukan orang. Kalau kita cakap ada je alasannnya

    Kak Sam said...

    Tun...
    Berhati2 yea. Akak dulu pun malas juga nak ambik kisah tapi sekarang ni kan barang dah mahal2 belaka tu yang berkira.

    Kak Sam said...

    Diana...
    Dimana2 pun ada. Diorang selalu ambil kesempatan jadi kalau kita tak berjaga memang tertipu le jawabnya

    Kak Sam said...

    AA..
    Tq..tq..tq

    Kak Sam said...

    Lina...
    Hehehe pandai pun.