MY IKLAN

MY IKLAN

Tuesday, July 12, 2011

Senang dimasak, sedap dimakan...

Assalamualaikum...
Hurrrmmmm tak tipu punya. Memang sangat senang dimasak dan sedap dimakan. Hari ni memang serabut je kat ofis, lepas lunch hour tadi macam2 hal timbul sehinggakan nak tutup bengkel pun tak sempat hehehe tak dapat le menikmati minum petang yang disediakan. Bagi mengelakkan stress yang berpanjangan jadi malam ni kena masak. Disebabkan ada sebungkus mee kuning dalam peti ais maka dalam perjalanan balik tadi sibuk le mencari resepi mee yang senang nak dimasak. Mula2 taip perkataan mee kuah, memang banyak le resepi yang dipaparkan tapi macam tak cukup je bahan2nya kat rumah. Terpaksa lupakan sebab malas nak singgah kedai. Entah macam mana tiba2 taip perkataan mee kicap. Dalam banyak2 menu terpesona dengan resepi yang dikongsi oleh Che'Iza di myresepi sebab ramai testimonial. Kebetulan pula semua bahan2 yang diperlukan ada kat dalam peti ais kecuali fishcake dan fishball. Tapi tak kisah le sebab hubby tak berapa gemar sangat dengan 2 benda tu. Saya tambah jejari ketam. Kalau rasa aura "M" melanda boleh cuba resepi ni. TQ Che'Iza.

RESEPI MEE KICAP
Sumber: che'iza@myresipi.com

Bahan-bahan ( 2 org )
  • 250 gm mee kuning
  • lbh kurang 40-50 gm taugeh
  • *KUAH*
  • 2 biji bawang putih diracik halus
  • 1 sb minyak masak
  • 1cm halia ditumbuk
  • 3 sb kicap manis
  • 3 sb sos tiram
  • 1 sk kicap pekat
  • 1 sk pati ikan bilis (saya guna brand tumix)
  • sedikit lada sulah
  • 1 cwn air
  • garam n sedikit gula kalau perlu......
  • *SUP*
  • 1 biji bawang merah
  • 1 ulas bwg putih
  • 3 cwn air
  • 1 sk pati ikan bilis
  • fish cake n fish ball ~ saya tak letak
  • jejari ketam ~ saya tambah
  • sedikit lada sulah n garam
Cara-cara
  1. Panaskan minyak... tumis bawang putih hingga kekuningan n garing... Kuarkan bawang putih. (Jgn buang akan tabur kat mee nanti.....). Kita akan dpt minyak bawang putih....
  2. Dgn minyak tadi tumis halia hingga naik bau masukkkan kicap manis, sos tiram, air n kicap pekat. Biar mendidih...
  3. Masukkan lada sulah, pati ikan bilis n garam n gula kalau sos tiram tak masin. Biar hingga kuah pekat.... Siap, matikan api.
*UTK SUP*
  1. Tumis bawang merah n bawang putih hingga naik bau masukkan air... biar mendidih, letak pati ikan bilis lada sulah, fishball, fish cake n sikit garam... biar mendidih n siap...
  2. Celur mee n taugeh... tapis...letak kat pinggan n tuang kuah kicap..... tabur ngan daun bawang, bawang putih goreng... Siap tuk dihidang......
  3. Hidang bersama sup n lada kicap..... Biasanya saya suka mkn ngan ayam hainan 


    16 comments:

    Diana @ Melley Mey said...

    Assalamualaikum sam..
    wah ada mee kicap kat cnie ler.. akak singgah cnie terus terasa lapar tau sam.. sedaapnyaa

    Nieza said...

    sedapnya mee kicap...mcm mee hailam ke rasanya tu kak?

    ibundo said...

    salam sam,
    wah.. mi kicap. macam mi hailam pun ada. sedap ni.

    Amie said...

    selamat pagi kak sam,
    baca tajuknya tadi ingatkan cerita pasal maggie... hi hi hi.. rupanya mee kicap...sedap apa masak begitu!

    Kak Sam said...

    Diana...
    Sori boleh jamu mata je.

    Kak Sam said...

    Nieza...
    Lain kut. Kita ni mee hailam tu kurengggg sikit.

    Kak Sam said...

    Bundo...
    Alhamdulillah kena dengan tekak saya ni.

    Kak Sam said...

    Amie....
    Kalau megi lagi le senang tapi tak boleh makan selalu. Bahaya gitu.

    tun_telani said...

    kak sam.. mcm nk masak mee kolok la skit2.. hihi..

    Kak Sam said...

    Tun...
    Akak kena cari le resepi mee kolok tu le pula.

    nOOrsha said...

    bubuhcili padi potong sedap nih..adeh..terliur!~

    Cik Puan Izan❤ said...

    mee kicap pun ada yer...1st time tau... tapi byk juga bahan dia... bukan mee kuah lagi senang ker...

    anymz said...

    akak mmg suka mi kicap.meh sini sikit nak rasa.

    nanti kalau akak ke Penang kita jumpa ya..leh bwk akak jenjalan penang,pekena nasi kandaq..

    Kak Sam said...

    Noorsha...
    Cili padi tu wajib.

    Kak Sam said...

    Izan..
    Say pun 1st time buat. Lepas ni nak try mee kuah pulak

    Kak Sam said...

    Kak anim..
    Ok nanti saya sambut kat tol jambatan pastu kita pi ronda semua nasi kandaq kat penang ni.