MY IKLAN

MY IKLAN

Wednesday, August 17, 2011

Kena juga dengan seleranya

Assalamualaikum....
Selamat bercuti kepada mereka yang cuti sempena Nuzul Quran pada hari ini. Semoga hari ini dapat dimanfaatkan sepenuhnya. N3 pagi ini adalah berkenaan makanan kegemaran Alif Daniel. Diantaranya adalah tomyam tapi setiap kali mama buat pasti dibandingkan dengan tomyam kedai Pak Hussain Sg Ara. Beberapa hari lepas cuba resepi yang di kongsikan oleh zara_klate di myresepi. Alhamdulillah akhirnya tomyam yang mama buat mendapat pujian dari si penggemar tomyam sehinggakan keesokkan harinya menu yang sama diminta. Walaupun dah rancang menu lain tapi diikutkan juga demi anak tercinta. Lain kali kalau nak buat kena guna resepi ni le jawabnya. Ok le azan subuh dah berkumandang, marilah bersama kita menunaikan kewajipan sebagai umat islam.


RESEPI TOMYAM
Sumber: MyR

Bahan-bahan
  • ½ ekor ayam (dipotong kecil) ~ saya guna daging
  • 2 biji bawang besar (dihiris bulat)
  • 3 biji bawang putih (ditumbuk kasar)
  • 15-20 batang cili padi merah (ditumbuk kasar)
  • 2 batang serai (dititik)
  • 1 sudu besar pes tom yam
  • 4 helai daun limau purut
  • 2-3 biji limau nipis (diambil jusnya)
  • 3-4 cawan air
  • garam & perasa
  • sedikit minyak
  • sayur-sayuran (bunga kobis, jagung muda, tomato)

Cara-cara
  1. Panaskan minyak dlm periuk. Tumis bawang putih hingga wangi dan perang.
  2. Masukkan ayam, kacau sekejap dan tutup periuk sebentar (supaya jus ayam keluar).
  3. Masukkan air dan biarkan mendidih. Setelah itu masukkan serai, bawang besar dan daun limau.
  4. Masukkan cili padi, pes tom yam, garam serta perasa.
  5. Kemudian masukkan sayur-sayuran dan biarkan sekejap.
  6. Last skali, masukkan jus limau, kacau sekejap dan matikan api.
  7. TIPS: Tom yam yg enak, ade sedikit rase pedas, masam dan wangi dari aroma daun limau.


    4 comments:

    anymz said...

    nampak sedap tomyam tu.sam kat penang ya.selamat bercuti sam dan selamat mengukis.:)

    Ina Mohamed said...

    feberet sepanjang masa tom yam ni. dah lama x buat tom yam. syoknya klu dapat menghirup...eh..eh... bulan pose ni, sabar2...hihihi

    izahdaut said...

    tomyam pelengkap hidangan kannnn..pandai dak kecik makan tomyam ek

    tun_telani said...

    tun pun suka tom yam ^^ kalau akak try tom yam lengkuas mat gebu, mesti pujian lg melambung kak.. sedap sgt resepi tu, smp tun wat ulang byk2 kali pun x puas. ni link dia http://www.tiffinbiru.com/2010/06/sup-ayam-lengkuas-tom-khai-gai.html hihi.. promote pulak ye.. tp mmg tun suka sgt resepi ni smp nk suruh org lain pun suka gak.. hihi