MY IKLAN

MY IKLAN

Wednesday, August 17, 2011

Tahun ni takde baju...

Assalamualaikum....
Alhamdulillah pagi ni dapat cuba 1 lagi adunan kukis. Insyaallah kalau rasanya ok akan saya kongsikan di sini nanti. Bila tengok si kecil Aqil merasa macam ok je la sebab lepas satu, satu dimakannya. Dah lebih 10 biji kat dia je. Cadangnya hari ni nak ke Bukit Jambul nak cari baju melayu. Tahun ni si mama takde baju raya sebab tailor yang dah bertahun2 jahitkan baju dah beralih arah, buka kedai bunga. Seperti tahun2 sebelumnya bila ramadhan menjengah baru hantar kain untuk dibuat baju raya. Memang takde masalah le sebab regular customer. Tahun ni buat le cara yang sama tup tup masa call nak hantar kain dia kata dah tak menjahit dan sekarang buka kedai bunga. Ermmmm jawabnya pakai je le baju2 yang ada. Nak beli yang dah siap susah sebab biasanya singkat. Tak pe le yang penting anak2 je. Ok le saje nak kongsi kuih yang dibuat untuk berbuka semalam. Ambil resepi yang kak ummi kongsi kat myr. Tapi inti tu saya guna inti kentang yang tersimpan elok kat dalam esbok. Ok le layan je resepi kat bawah ni.


RESEPI ROTI JALA BERINTI SARDIN
Sumber: ummizaihadi@myresipi.com

Bahan-bahan ( 4 - 6 orang )
  • 2 cawan tepung gandum
  • 2 cawan air
  • 1 bij telor
  • 1 sudu kecil garam halus
  • beberapa titik pewarna kuning~ saya guna pewarna hijau
Bahan Inti:-  (saya tak buat)
  • 1 tin besar sardin (Ayam Brand) - buang sosnya
  • 1 labu bawang besar - dadu
  • 3 ulas bawang putih - cincang
  • 2 sudu besar cili kisar
  • sedikit air asam jawa
  • garam dan gula secukup rasa
Cara-cara

Untuk Roti Jala
Masukkan semua bahan dalam blender. Blend hingga semua sebati. Perapkan selama 1/2 jam. Sediakan kuali leper non-stick dan ceduk adunan dengan acuan roti jala dan tebar/kirai adunan atas kuali. Gunakan api perlahan. Masak lebih kurang 1 minit. Angkat dan gulung atau lipat ikut suka.

Untuk Inti
Panaskan minyak, tumis aja lah bawang besar dan bawang putih hingga naik bau dan masukkan cili kisar. Masukkan air asam jawa dan sardin. Masak sebentar sambil dihancur-hancurkan isi sardin. Masukkan garam dan gula secukup rasa. Masak biar agak pekat. Angkat dan sejukkan. Sediakan roti jala dan lipat sikit tepinya dan letakkan inti sardin tadi. Lipat pula tepi kiri dan kanan roti jala dan gulung seperti kuih dadar tu. Buat hingga habis.




    7 comments:

    Diana @ Melley Mey said...

    Assalamualaikum sam...
    cantiknya roti jala berinti kentang tu sam.. akak kalu bab2 kentang mmg suka makan.. tmbh lg mkn ngan roti jala nie.. sedaaap sungguh

    kasihredha said...

    cantiknya...kreatif

    Amie said...

    samalah Kak Sam, sampai hari ini Amie tak tempah baju raya, ada empat helai kain tak terusik... kalau keajaiban berlaku, kain tu akan terjahit sendiri...hi hi hiii

    roti jalan ni nampak uniklah Kak Sam, ada inti pulak dianya ye...

    tun_telani said...

    ehhh.. pesen baru pulak mkn roti jala?? ni 1st time tun nengok.. hihi... xde baju raya kak? mesti baju kuring akak penuh 2 almari kan, kalau x bj baru pun xpe, org xperasan punya. hihi...

    hanez said...

    salam, nmpak lazat tu..

    izahdaut said...

    wah kak sam.. shateeknya menjala.. saya pun lebih kurang sama kes ngan kak sam jugak. tak sempat dah, pakai jela apa papa pun asal vouge..eh vouge pulak.. haha

    HomeKreation said...

    Shian nya KakSam takda baju raya... tapi pangkat kita ni selalu tak kisah sangat kan KakSam asalkan bebudak ada berganti.My two boys pulak tak nak beli baju raya sebab kata nak pakai baju lama jer.
    Along cadangkan KakSam cuba FirtsLady, byk baju cantik2 & saiz utk org tinggi lampai. Along jer yg selalu tak dpt nak beli sbb kita ni ketot jer....hehe.
    Adei pok-pek2 pulak kat sini, penat bercakap, meh ler kuih seketoi...