Assalamualaikum.......
Hati nak mengukis tapi assignment tak siap lagi. Teks untuk pengucapan awam pun tak siap lagi. Tensen betul dibuatnya. Ni pun sambil2 menaip tugasan sambil2 buat n3 kat blog. Hehehe tak bagus betul. Ok le malas nak membebel panjang2 layan je satu lagi kukis yang telah saya buat. Kena buat lagi ni sebab macam tak cukup je. Terima kasih kepada insan yang sudi berkongsi resepi ni di myresepi. Minta izin yea cnp kat sini.
RESEPI CORNFLAKES MADU WARNA WARNI
Sumber: umi_e@myresipi.com
Bahan-bahan ( dalam 60-70 cawan mini cookies )
- 250gm cornflakes (kotak kecil)
- 125gm butter (1/2 buku)
- 1/2 cawan gula perang (tambah kalau suka manis)
- 5 sudu makan madu (saya guna golden syrup masa ni sebab tak ada madu)
- manik warna warni untuk hiasan
- Campurkan butter dan gula dan masak atas api perlahan hingga gula larut bersama butter (saya terlebih rajin so masuk microwave je dalam masa 2-3 mins tapi kena kacau setiap min)
- Masukkan cornflakes ke dalam adunan yang dah cair dan masukkan madu (masa ni saya guna golden syrup)~ me too
- Aduk sampai rata
- Masukkan dalam acuan dan taburkan manik warna warni dan bakar selam 10-15 mins atau sampai dasar kekuningan (jap je tau)
3 comments:
akak..klu mas dapat sebalang...
best tu...he3
Kata orang ini resepi paling senang. Pejam mata sebelah pun boleh buat. Saya jer tak pernah buat.
Kakak saya buat, sebalang bleh selesai dalam masa setengah jam dikerjakan dek anak-anak. Jenoh sorok.
saya suka sgt cornflake madu ni kak..=)
Post a Comment