MY IKLAN

MY IKLAN

Friday, August 19, 2011

Main belasah je

Assalamualaikum.....
Mak ai banyak sungguh kuih raya, kalau le dapat semuanya kan seronok. Tapi memang tak terdaya le rasanya. Beberapa jenis kuih telah disenarai pendekkan. Semoga Allah SWT bagi kekuatan dan kemudahan untuk menyiapkan semuanya. Buat tak banyak jenis tapi setiap jenis kena buat banyak. Ye la 1 balang untuk rumah sendiri, 1 balang untuk rumah apak dan 1 balang untuk rumah mertua. Hehehe macam bagus je. Sebenarnya n3 kali ni bukan nak cerita resepi kuih raya tapi nak kongsi cucur yang dibuat untuk berbuka semalam. Kebetulan pulak semalam opis buat moreh jadi semua kakitangan dibekalkan dengan 1 set nasi daging. Boleh le untuk dua orang makan. Sampai je rumah hubby kata masak cucur dah le. Bila dengar macam gitu terus tanya pakcik google resepi cucur ketam sebab kalau buat cucur ikan bilis macam bosan le pulak. Terus pakcik google hantar ke rumah kak anymz rembau. Bila diteliti semua bahan yang diperlukan ada kat dalam esbok. Maka operasi pun bermula, tup..tup.. internet problem. Apalagi main belasah je le sukatannya. Alhamdulillah cucur yang dibuat memang lembut dan sedap gitu. Licin terus masa bebruka. Ok le nak ke longwan sekejap. Minta izin yea kak anymz untuk cnp kat sini.


RESEPI CUCUR ISI KETAM
Sumber : anymz mykitchen
Sumber: majalah Rasa

Bahan-bahan
  • 50 gm isi ketam-di potong dadu
  • 10 gm jejari kentang-di potong kecil-akak guna kentang biasa
  • 360 gm tepung gandum
  • 1 labu bawang besar*
  • 1/2 biji cili benggala hijau*
  • 2 biji telur
  • 2 sudu makan ikan bilis*
  • 2 sb mix vege-ini akak tambah
  • Garam secukup rasa
  • Minyak untuk menggoreng
Cara
  1. Bahan bertanda * di kisar hingga lumat/hancur
  2. Tuangkan bahan kisar ke dalam mangkuk dan campurkan dengan tepung gandum serta garam.
  3. Gaul hingga adunan menjadi rata.
  4. Masukkan telur sebiji demi sebiji dan tambahkan air secukupnya.
  5. Pastikan adunan tidak terlalu lembik
  6. Setelah itu masukkan isi ketam dan jejari kentang.Sebatikan.
  7. Akhir sekali sudukan adunan ke dalam minyak banyak yang telah panas.Goreng hingga berwarna kekuningan.Angkat dan toskan.


    8 comments:

    tun_telani said...

    kak sam.. tun paling suka cucur letak kentang.. mmg xtra sedap gitu bila makan.. tp tun allergic ketam. sob sob.. sedih2.. tp crabstick tu blh mkn, cuma rasa dia x mcm rasa ketam betul la.

    Amie said...

    Kak Sam,
    nampak sedaplah cucur tu...semenjak bulan puasa ni,belum lagi buat cucur...alahai, sedapnyalah!

    azieazah said...

    KAK SAM,
    saya pun suka buat cucur letak kentang macam TUN TELANI komen tu. Kentang potong dadu, goreng mengkal sekejap, pastu campur dlm adunan tepung. Memang sedap.

    ehh KAK SAM sebut kedai Longwan? kat area mana tu? Saya kalu balik kampung di Parit Buntar pun selalu ke Longwan jugak.

    Naz said...

    Assallamualaikum kak Sam..
    Cucur ketam ye.. Naz suka ketam tp tak pernah cuba lg buat cucur.. Boleh try la bila2..

    Kak Sam said...

    Tun...
    kita yang buat dia.. masukkan je apa yang kita nak letak.

    Kak Sam said...

    Amie...
    Kat rumah ni lebih prefer cucur. Kalau buat kuih yang manis2 tu alamatnya buat sendiri makan sendiri le.

    Kak Sam said...

    AA...
    Kita pergi yang dekat kepala batas. Sekarang ni longwan semakin berkembang. Banyak tempat ada.

    Kak Sam said...

    Naz..
    Try le. Pada kita memang ok sangat lee cucur ni.