MY IKLAN

MY IKLAN

Wednesday, August 3, 2011

Sekadar memeriahkan suasana

Assalamualaikum.....
Inilah bahana berblog, walaupun rasa masa tak cukup tapi kalau tak menjenguk rasa tak keruan. Semalam hubby request menu berbuka berasaskan mee atau seangkatan dengannya tapi malangnya semua bahan yang diperlukan takde di ikhwan cuma yang tinggal kepala ikan je. Disebabkan masa tu pun dah jam 5.50 petang maka sambar je la. Jadi berbuka le kami sekeluarga dengan kari kepala ikan. Nanti le kalau semapt saya tayang kat sini. Lepas je makan hubby terus kata lepas ni tak nak berbuka dengan nasi sebab dia makan punya le banyak. Tak pe le demi insan2 yang tersayang akan diusahakan untuk mecari resepi yang sesuai untuk berbuka puasa. Sebagai penutup jamu le mata anda dengan sandwich yang sedap ini.



RESEPI SANDWICH TELUR
Sumber: Syahmi

Bahan-bahan ( 2 orang sahaja )
  • 6 keping roti
  • 1 butir telur
  • 1 sudu kecil mayonis
  • Garam / serbuk lada hitam
  • Timun/ tomato ( dihiris )
  • Mentega untuk disapu pd roti
Cara-cara
  1. Hancurkan telur. Perasakan dengan garam atau serbuk lada hitam.
  2. Campurkan dengan mayonis dan kacau rata.
  3. Sapukan roti dengan mentega dan ratakan adunan telur di atas roti.
  4. Aturkan hirisan timun atau tomato. Lapik dengan sekeping roti lagi.
  5. Potong mengikut bentuk yang disukai.


    9 comments:

    kasihredha said...

    buat bersahur ok juga sandwish ni kan..

    Kak Sam said...

    betul tu. setuju sangat

    Kalamhati said...

    uish sedap ni kak sam..=)

    Trying To Be Muslim.. said...

    Kak Sam, sandwich ni la ayu nyer sahur.....kenyang and tak stuffy ngat kan.....:)

    Amie said...

    Amie pun suka makan sandwich begini, sesuai untuk berbuka atau bersahur...dan menyihatkan!

    Deliah's Deli said...

    kepala ikan..sedap tu bt gulai! :)

    Nadz Nazharzan said...

    Assallamualaikum kak Sam.
    Kari kepala ikan mmg sedap kak..Sbb tu hubby akak makan bertambah2 kot..hehehe..

    Fahimah Mahayuddin said...

    Dalam banyak2 sandwich, sandwich telur lah yag paling saya suka.Sedap!

    tun_telani said...

    setuju ngan kak naz.. hihi.. mmg sedap sgt laa tu =)